Friday 3 January 2014

GENTING MALAYSIA KINI MILIKI PESAWAT CHALLENGER 605

alt

KUALA LUMPUR - Genting Malaysia Bhd membeli pesawat Challenger 605 daripada Glass Castle Ltd membabitkan AS$17.3 juta.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembelian daripada Glass Castle, anak syarikat milik penuh tidak langsung Genting Hong Kong Ltd (GENHK), memastikan penghantaran yang lebih pantas berbanding pembelian pesawat jenama baharu.

"Berikutan jarak hartanah milik kumpulan itu, pesawat berkenaan akan meningkatkan kemudahan untuk mengangkut pelanggan US," kata Genting Malaysia dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dibina pada 2007 dan diserahkan pada 2008, pesawat 12 tempat duduk itu sebelum ini digunakan oleh GENHK untuk menerbangkan pelanggan utama ke kasinonya. Foto - Skift Travel

No comments: