Friday 3 January 2014

'AH ZAN' AKMA EKSPLOITASI PENAHANAN YB SULTAN SINARO


Penahanan YB Sutan Sinaro atau lebih dikenali sebagai Yusuf Baharudin kini cuba dieksploitasi Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Cawangan Sarawak, 'Ah Zan' Akma (gambar).

Dalam kenyataan Akma di dalam portal Keadilan Daily (dilampirkan) seolah-olah meminta simpati rakyat bahawa pihak polis telah membuat tangkapan tanpa prosedur yang sah.

Selain itu statusnya itu mempunyai niat untuk memberitahu orang ramai bahawa rakannya 'YB Sutan Sinaro' itu tiada melakukan kesalahan dan ingin menimbulkan isu bahawa pihak polis bias terhadap laporan polis yang dibuat oleh PBB di seluruh Sarawak.

Hakikatnya polis menangkap YB Sutan Sinaro atas kesalahan ugutan jenayah terhadap Ketua Menteri Sarawak seperti mana yang terkandung dalam laman facebooknya.

Polis juga dalam kenyataannya telah memaklumkan penangkapan itu dibuat atas laporan yang diterima daripada orang ramai berhubung ugutan jenayah ke atas Ketua Menteri Sarawak di dalam media sosial.

Perbuatan memecah kepala 90% akan mendatangkan kematian. Adakah ia bukan kategori kecederaan yang serius? Pihak Polis bertindak mengikut prosedur dan undang-undang.

Berasaskan kepada laporan itu, pihak polis telah melakukan siasatan dan menangkap yang dituduh untuk mendapatkan keterangan. Jelas bahawa Akma masih belum mahir dengan prosedur polis.

Seterusnya.... baca di sini

No comments: