Thursday 30 January 2014

ANWAR NAK JADI MB.... JANGAN SALAHKAN NAJIB !!!


Datuk Seri Najib Razak menegaskan kemelut dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga membawa kepada pilihan raya kecil Kajang adalah masalah dalaman parti itu dan jangan dikaitkan dengannya.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang mencabar Barisan Nasional (BN) agar memilih Perdana Menteri sebagai calon BN bagi menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini bukan masalah saya, ini masalah mereka (PKR). Saya tidak ada sebarang masalah, ia adalah masalah dalam PKR sehingga mencetuskan pilihan raya kecil ini. Ini semua masalah dalaman (PKR).


"Kenapa mereka nak lencongkan masalah ini dan kaitkan kepada saya. Ini masalah dalaman mereka dan dia (PKR) adakan pilihan raya kecil ini kerana nak menyelesaikan masalah...kemelut yang agak serius dalam PKR.

"Jadi, kepada saya, ia membebankan rakyat...bebankan pengundi di Kajang, yang rata-rata tak senang hati kerana terpaksa mengadakan pilihan raya kecil," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan perjumpaan dengan 34 pertubuhan bukan keraajaan (NGO) Melayu dan Islam di pejabatnya bagi membincangkan isu semasa negara.

Najib berkata, berdasarkan reaksi umum sekarang, kebanayakannya lebih negatif berbanding positif dan itu menjadi masalah kepada PKR.
"Jadi, mesej saya (kepada PKR) ialah jangan heret saya ke dalam ini, ini masalah dalaman anda," katanya.

No comments: