Friday 22 February 2013

MAHUKAH NIK AZIZ MINTAK MAAF...?

ZAIDI ABU BAKAR.... Pengerusi Tetap Pas Bahagian Tanjung, Pulau Pinang.
PULAU PINANG - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digesa memohon maaf kepada kira-kira empat juta rakyat negara ini yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atas keceluparannya menyamakan penerima bantuan berkenaan dengan haiwan.

Pengerusi Tetap Pas Bahagian Tanjung, Zaidi Abu Bakar berkata, sebagai seorang bergelar ulama tidak sepatutnya Nik Aziz menggunakan kapasitinya itu untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang keterlaluan.


Tegasnya, bantuan berkenaan adalah untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan malah tiada pun syarat yang dikenakan kepada penerima bantuan tersebut wajib mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

"Oleh itu Nik Aziz perlu minta maaf kepada semua penerima bantuan berkenaan termasuklah saya sendiri. Beliau boleh cakap begitu kerana pendapatan bulanannya berbelas ribu.

"Tetapi bagi kami sebagai rakyat, siapa lagi yang mahu memberi bantuan seperti itu? Kalau hendak mengharapkan Pas belum tentu lagi," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas demonstrasi aman membantah DAP dan Karpal Singh berhubung isu kalimah Allah di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Sardon, Gelugor, dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments: