Wednesday 25 December 2013

WARNA-WARNI DUNIA 2013




Sorot hitam putih dunia 2013

CORETAN sejarah dan tragedi mewarnai sepanjang detik 2013. Tidak ketinggalan, krisis politik, kejatuhan pemimpin, agenda sulit dan dengki khianat serta drama tebusan menambahkan lagi coretan sepanjang tahun ini.


Apa yang pasti, penggulingan Presiden Mesir Mohamed Mursi dan pembocor maklumat sulit Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) Edward Snowden yang membuka aib AS, layak menerima gelaran Man of the Year.

Di sebalik semua krisis itu, kehadiran taufan ganas Haiyan di Filipina dan kehadiran salji selepas 112 tahun di Mesir antara mesej tersirat yang perlu direnungkan.

Menjengah 2014, diharap nasib dan masa depan negara Islam di seluruh dunia terus cerah dan terbela demi perpaduan ummah sejagat.


Januari

1 Januari - Perancis menghantar hampir 900 angkatan tentera untuk menentang puak pelampau di Mali.

2 Januari - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan lebih 60,000 nyawa terkorban dalam perang saudara di Syria sepanjang 22 bulan.

21 Januari - -Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengangkat sumpah sebagai presiden ke-44 bagi penggal kedua menewaskan calon Republikan, Mitt Romney.

25 Januari - Protes ganas tercetus di seluruh Mesir ketika ulang tahun ke-2 revolusi kebangkitan rakyat. Kebanyakan penduduk kecewa dengan Presiden Mohammed Mursi yang didakwa gagal memperkukuhkan ekonomi dan keadilan sosial negara itu.


Februari

12 Februari - Korea Utara melancarkan ujian nuklear ketiga yang turut mencetuskan kemarahan banyak negara antarabangsa.

15 Februari - Gabungan Kebangsaan Revolusi Syria dan Tentera Pembebasan Syria (FSA) mengumumkan kesediaan untuk berunding dengan kerajaan Syria bagi mencari penyelesaian politik.

15 Februari - Kira-kira 1,000 orang termasuk 200 kanak-kanak cedera selepas hujan meteor melanda tengah Rusia.


Mac

5 Mac - Presiden Venezuela, Hugo Chavez meninggal dunia akibat barah.

14 Mac - Xi Jingping dilantik sebagai Presiden China, sementara Li Yuanchao sebagai Naib Presiden.


April

1 April - China mengumumkan virus selesema burung baru, H7N9 yang telah meragut sembilan nyawa. Susulan daripada itu, ribuan burung di Shanghai telah dihapuskan sebagai langkah berjaga-jaga

18 April - Diplomat Britain dan Perancis membuat laporan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh Syria menggunakan senjata kimia sejak Disember tahun lalu.

20 April - Gempa bumi kuat di barat daya China membunuh sekurang-kurangnya 186 orang manakala lebih 8,200 yang lain.


Mei

9 Mei - Runtuhan kilang di Plaza Rana, Bangladesh meragut nyawa lebih 1,000 pekerja, sekaligus menjadikannya kemalangan terburuk dalam sejarah industri tekstil.

25 Mei - Perang saudara di Syria telah merebak ke Lubnan, di mana pejuang Hizbullah dan tentera Syria mengebom bandar diduduki FSA di Al-Qusayr, Homs.

31 Mei - Penunjuk perasaan mengadakan protes di seluruh bandar di Turki sebagai membantah rancangan kerajaan yang mahu merobohkan Gezi Park untuk membina pusat belibelah di Dataran Taksim.


Jun

1 Jun - Penunjuk perasaan antikerajaan mengadakan protes di Dataran Gezi, Istanbul menggesa Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berundur.

5 Jun - Akhbar The Guardian membuat pendedahan eksklusif berhubung maklumat risikan AS yang didedahkan bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Edward Snowden.

30 Jun - Protes besar-besaran diadakan sempena ulang tahun pertama pelantikan Mohammed Mursi sebagai presiden.


Julai

4 Julai - Mursi digulingkan dalam satu rampasan kuasa oleh tentera.

22 Julai - Duchess of Cambridge selamat melahirkan bakal pewaris takhta Britain, George Alexander Louis di Hospital St Mary, London.

30 Julai - Palestin dan Israel bersetuju untuk menyambung semula rundingan damai yang tertangguh sejak lebih tiga tahun lalu.


Ogos

14 Ogos - Mesir mengisytiharkan darurat selepas protes membantah rampasan kuasa oleh tentera bertukar ganas hingga mengakibatkan lebih 500 terkorban.

21 Ogos - Pembangkang Syria menuduh kerajaan rejim Presiden Bashar al-Assad menggunakan senjata kimia ketika melancarkan serangan di pinggir Damsyik yang didakwa turut menyebabkan 1,000 maut.


September

1 September - Presiden AS, Barack Obama mengancam untuk melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Syria, namun dibantah banyak pihak.

16 September - Laporan PBB mengesahkan gas sarin digunakan dalam serangan di kawasan berhampiran Damsyik.

21 September -  Kumpulan militan al-Shabab menawan sebuah pusat beli-belah di Nairobi. Drama tebusan yang berlangsung selama tiga hari menyebabkan 70 terbunuh manakala 175 cedera.

23 September - Gempa berkekuatan 7.7 skala Richter menggegar Baluchistan sebuah kawasan pergunungan di Pakistan. Sekurang-kurangnya 327 maut dan ratusan rumah musnah akibat kejadian tersebut.


Oktober

1 Oktober - Operasi sektor kerajaan AS terpaksa ditutup secara sementara untuk pertama kali dalam tempoh 17 tahun selepas Kongres menolak rancangan pelan kesihatan Obama.

15 Oktober - Rundingan program nuklear Iran bersama lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB termasuk Jerman disambung semula di Geneva selepas tertangguh selama enam bulan.

15 Oktober - Gempa kuat, 7.2 skala Richter gegar Filipina, sekurang- kurangnya 144 maut manakala 300 cedera.

18 Oktober - Arab Saudi menolak kerusi Majlis Keselamatan PBB sebagai bantahan terhadap sikap sambil lewa agensi itu dalam menangani konflik di Syria.

22 Oktober - New South Wales berhadapan kebakaran hutan terburuk dalam tempoh 50 tahun mengakibatkan ratusan kediaman musnah.


November

2 November - Bandar Tacloban di wilayah Leyte, Filipina musnah teruk akibat dibadai taufan Haiyan yang meragut lebih 6,000 nyawa dan menyebabkan kira-kira 12 juta penduduk hilang tempat tinggal.

4 November - Perbicaraan ke atas Mursi yang didakwa mencetuskan kematian penunjuk perasaan ditangguhkan pada 8 Januari depan.

6 November - Laporan forensik yang didedahkan pakar Switzerland mendakwa bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat meninggal dunia akibat diracun polonium -210.

24 November - Kumpulan antikerajaan, Baju Kuning mengadakan demonstrasi secara besar-besaran di Bangkok, Thailand menggesa Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra meletak jawatan.


Disember

Disember - Bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela meninggal dunia pada usia 95 tahun di kediamannya di Johannesberg akibat jangkitan paru-paru. disember

13 Disember - Kaherah, Mesir dilanda salji buat pertama kali selepas 112 tahun.

Dicatat pada 24 Disember 2013 - sumber

No comments: