Wednesday 25 December 2013

CEMBURU KEMESRAAN OBAMA DENGAN PERDANA MENTERI DENMARK, MICHELLE SEDIA BERCERAI....


Khabar angin mengenai pergolakan rumah tangga Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan isteri, Michelle Obama kembali berhembus.

Tidak lama dulu tersebar berita kononnya Michelle pernah meminta cerai.

Kini, berita yang kebenarannya masih diragukan, kembali dilapor media Amerika Syarikat.

Laman web showbizspy kelmarin memetik laporan National Enquirer yang menyatakan Obama dan Michelle kini tidur di kamar berasingan.

Michelle dikatakan begitu serius mahu bercerai dengan suaminya selepas berkahwin selama 21 tahun.

Menurut sumber berkenaan, rumah tangga pasangan itu sudah lama goyang dan mereka hanya bertahan kerana anak serta karier politik Obama.

“Tetapi Michelle sekarang begitu marah.

Dia merasa dimalukan di depan dunia.

Dia sudah menemui peguam dan memaklumkan kepada Obama mengenai kesediaannya untuk bercerai,” lapor National Enquirer yang memetik sumber dari Rumah Putih.

Sumber berkenaan memberitahu, Michelle bagaimanapun bersedia tinggal di Rumah Putih selagi Obama menjadi presiden dan tetap menjalani kehidupan masing-masing.


Menurut National Enquirer, Michelle begitu berang selepas Obama bergambar dan bermesra dengan Perdana Menteri Denmark Helle Thorning-Schmidt ketika menghadiri upacara berkaitan mendiang bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela. SUMBER


No comments: