Friday 13 December 2013

TIDUR SIANG PUN ADA RAHSIA..... ???


Rahsia Di Sebalik Tidur Siang


Tidur siang adalah salah satu keperluan asas manusia. Ianya banyak mengandungi rahsia yang jarang diketahui oleh kita. Mungkin kenyataan ini agak pelik kerana kita tau bahawa tidur seharusnya pada waktu malam dan bukan siang. Lagipun kebanyakan kita semua kan adalah pekerja/pelajar so bila masa nak tidur. Jangan salah faham ya, yang dimaksudkan tidur disini adalah tidur sejenak di waktu tengahhari. Kebiasaannya paling lama adalah 30 minit. 

Tidur Siang amalan Rasulullah s.a.w


Banyak hadis Rasulullah s.a.w yang menyatakan bahawa tidur siang adalah salah satu kebiasaan yang amat dijaga oleh Baginda dan digemari oleh para sahabat. Ramai yang beranggapan bahawa tidur siang hanya untuk mereka yang malas. Sebenarnya kenyataan tersebut adalah tidak benar kerana sebab-sebab berikut:

Menurunkan Tekanan Darah


Menurut kajian yang dilakukan di Allegheny College AS, tidur selama 45-60 minit pada waktu siang boleh membantu menurunkan tekanan darah setelah mengalami rasa tertekan dan tekanan semasa melakukan aktivit-aktiviti. Memandangkan ramai yang masa tidur malamnya turut terganggu atas apa jua alasan, maka tidur siang adalah merupakan cara mudah dan terbaik untuk meningkatkan kesihatan jantung.

Mengurangkan Risiko Penyakit Hati


Tidur siang diantara kesibukan bekerja juga boleh mengurangkan risiko mendapat masalah hati yang teruk. Berdasarkan kajian mereka yang menggunakan waktu rehat dipejabat selama lebih kurang setengah jam atau tiga jam selama seminggu mempunyai tahap kesihatan hati yang lebih tinggi.

Menjauhi Hormon Perosak Dalam Darah


Tidur Siang turut meningkatkan produktiviti kerja. Manurut kajian tidur siang selama 10-40 minit akan memberikan keselesaan yang cukup pada tubuh dan mengurangkan tahap hormon perosak yang berlebihan pada darah akibat aktiviti harian yang dilakukan.

Merehatkan Otak Dan Otot


Para ilmuan juga menyatakan bahawa tidur siang akan merehatkan otak dan otot pada manusia serta mengembalikan kapasiti kemampuan manusia untuk berfikir dengan lebih baik. Ianya meningkatkan fungsi otak manusia yang membolehkan mereka lebih fokus.

No comments: