Friday 13 December 2013

SKANDAL ADI PUTRA - SUAMI NORAIDA DAKWA POLIS BIAS

alt
Mak aihh.... patutlah Adi Putra tergoda......!!!

KUALA LUMPUR 13 Dis - Suami kepada Noraida Abd. Mutalib, wanita yang dikatakan mempunyai skandal kontroversi dengan pelakon, Adi Putra, Amiruddin Othman hari ini memberitahu pihaknya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pagi tadi susulan keputusan tiada tindakan selanjutnya (NFA) ke atas pertuduhan terhadap pelakon itu.

 Kes Skandal Adi Putra: Suami Dakwa Polis Bias

Amiruddin berkata, laporan tersebut dibuat di bahagian tatatertib selepas pegawai penyiasat kes tersebut, Inspektor Fergie Din dilihat sebagai tidak profesional serta bias atau berat sebelah.
 
"Susulan daripada keputusan NFA ke atas laporan yang telah dibuat, saya bersama isteri saya telah membuat satu laporan polis di Bukit Aman terhadap pegawai penyiasat di bahagian tatatertib kerana saya merasakan yang penyiasatan yang dilakukan tidak telus dan tidak profesional.
 
"Mengapa saya rasakan siasatan tidak telus?Kerana pihak siasatan telah mengarahkan saya menarik balik laporan yang telah dibuat selain pegawai penyiasat terbabit kelihatan mesra bersama suspek yang hadir ke balai polis untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita semasa sidang media di Hotel Concorde di sini hari ini.
 
Sementara itu, Noraida ketika ditanya mengapa beliau terus berhubung dengan Adi Putra selepas pelakon itu dikatakan mula menghantar pesanan berbaur lucah, beliau menjawab beliau melakukannya kerana terlalu teruja kerana telah meminati pelakon itu sejak sekian lama lagi.
 
"Memang saya yang mula menghantar pesanan kepadanya tetapi lebih kepada ucapan selamat kerana saya tahu beliau sedang mengerjakan umrah.
 
"Saya juga sudah berkata kepadanya supaya berhenti menghantar pesanan 'lucah' tersebut tetapi saya tidak sangka dia teruskan juga, dan saya terus layan beliau kerana saya sangat teruja selain sikap beliau yang romantik dan pandai memujuk,' ujarnya.
 
alt
 
Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, pada malam Khamis telah membuat satu sidang media menyatakan kes berkenaan telah digugurkan oleh pihak polis dan tiada tindakan lanjut atau ‘no further action (NFA)’ serta menganggap kes tersebut telah selesai.
 
Adi menegaskan bahawa sebarang kenyataan yang dibuat untuk mengaitkan dirinya dengan isu tersebut akan dianggap sebagai cubaan menjatuhkan reputasinya.
 
Pada September lalu Adi didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
 
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.
 
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.

No comments: