Wednesday 18 December 2013

RAHSIA GADIS BLONDE DI SAMPING ANWAR IBRAHIM........


AIDCNews – 17/12/13 – Foto Datuk Seri Anwar bersama pelajar Amerika Syarikat (AS) yang dikirim melalui twitter @anwaribrahim mula mencetuskan perlbagai spekulasi.

“Pelajar Universiti Georgetown, Natalia menghadiahkan topi universiti kepada uncle Anwar.Tq,” tulisan daripada twitter @anwaribrahim dipetik yang mengesahkan Ketua Umum PKR bersama dalam satu program dengan pelajar universiti tersebut.
Ketika Anwar mengadakan program di Amerika Syarikat (AS), pada tarikh sama beliau sepatutnya menghadiri kes pendengaran rayuan liwat II di Kuala Lumpur.
Ketidakhadiran Anwar itu, dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana menurutnya sebagai responden, Anwar mesti hadir dalam setiap perbicaraan.
“Kami mengemukakan bantahan atas kegagalan pihak responden untuk hadir. Perkara ini tidak boleh diberikan toleransi,” kata Shafee.
Aktivis Kristian, Terence Netto, yang mungkin mengikuti Ketua Pembangkang itu ke AS, melaporkan salah satu program Anwar bersama IIIT (International Institute of Islamic Thought) di Washington, DC.
Dalam simposium anjuran IIIT itu, lapor Terence Netto, Anwar telah berhujah menggunakan pendapat pemikir liberalisme Barat John Locke dan Adam Smith untuk menangkis tanggapan popular di kalangan umat Islam bahawa pendidikan Barat adalah tidak mempunyai dimensi etika dan moral.
“Beliau (Anwar) menyamakan kebimbangan Smith berkenaan moral dalam bidang ekonomi sama dengan konsep pemikir Ismail Faruqi yang menganggap ekonomi yang baik sebagai ungkapan kerohanian Islam,”lapor aktivis Kristian itu.
Ismail Faruqi merujuk pengasas IIIT yang mati dibunuh bersama isterinya, Lois Lamya di rumah kediaman mereka Wyncote, Pennsylvania, AS pada 27 Mei 1986.
Laman isuhot.com mengupas lanjut tentang perkaitan ketidakhadiran Anwar itu.
“Rayuan kes liwat 2 Anwar Ibrahim yang dijadualkan pada 11 dan 12 Disember telah berlalu tanpa kehadirannya.
“Jelas sekali Anwar tidak mengambil berat soal keadilan walaupun melibatkan diri sendiri. Namun, yang paling teruk terjejas, tentulah mangsa dalam kes ini, iaitu Saiful Bukhari,” ulas laman itu.
Menurut isuhot.com, kebenaran mungkin telah terserlah apabila Anwar sendiri dengan memilih untuk tidak hadir ke mahkamah atas alasan menghadiri Seminar anjuran IIIT, di Washington.
“IIIT mempunyai sejarah homoseksualnya sendiri di mana Pengerusinya, Ismail AlFaruqi telah dibunuh kerana terlibat dengan aktiviti homoseksual. Joseph Louis Young, iaitu seorang pelajar kulit hitam yang baru memeluk Islam telah mengaku membunuh AlFaruqi dan isterinya kerana memaksa pelajar melakukan hubungan homoseksual untuk mendapatkan biasiswa. Young percaya bahawa perbuatannya adalah tepat bagi memelihara kesucian Islam.
“IIIT juga dikaitkan dengan CIA di mana ia dikatakan tempat untuk mengkaji pemikiran umat Islam untuk membantu pihak Neo-con memanipulasi dan melaga-lagakan umat Islam sesama sendiri demi mencapai cita-cita untuk menakluk dunia.
“Apa yang menarik ialah Anwar mempunyai hubungan akrab dengan AlFaruqi dan IIIT. Sehingga kini, Anwar terus rapat dengan personaliti utama IIIT seperti Abd. Hamid Sulaiman, Dr. Ahmad Totonji dan Dr. Jamal Al-Din.
“Justeru, tidak hairanlah Anwar memilih untuk menerima jemputan IIIT ke Georgetown University walaupun beliau sepatutnya hadir ke mahkamah pada hari yang sama,”dedah laman itu.
Dakwa laman itu lagi, Universiti Georgetown juga mempunyai perkaitan dengan homoseksual.
“IIIT mungkin masih menyembunyikan skandal homoseksual dalam organisasi itu, tetapi tidak bagi Georgetown University.
“Pada 17 Mac lalu, University itu telah melantik Presiden Homoseksual Pertama bagi Persatuan Pelajar iaitu Nate Tisa.
“Anwar yang membentangkan kertaskerja dalam Seminar anjuran IIIT di Universiti itu dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan Nate Tisa. Malah, khabar angin menyatakan bahawa Nate Tisa adalah agenda utama Anwar ke Washington dan Seminar adalah agenda Kedua.
“Nampaknya keterujaan Anwar untuk bertemu dengan Nate Tisa membuatkan beliau sanggup mengenepikan keperluan untuk membela diri di mahkamah dalam kes Liwat 2,” dakwa laman itu lagi.
Menurut laman usatoday.com, Nate Tisa merupakan individu gay pertama yang berjaya menjadi Presiden Persatuan pelajar Universiti Georgetown.
Pendedahan laman isuhot.com turut sama didedahkan laman sosial Kelab anti Parti PAS.
“Dalam kunjungan ke Georgetown University (Gay friendly university), Anwar dipercayai berjumpa dgn Nate Tisa, President Pelajar di Georgetown University yang menjalani kehidupan sebagai seorang gay.
“Nate Tisa, terpilih sebagai presiden pelajar pada awal 2013, beliau akan menceritakan pengalamannya selaku seorang gay tidak menghalangnya utk jadi seorang pengikut Catholic yg kuat.
“Anwar juga telah berjumpa secara sulit dgn Ryan Fecteau, jurucakap gay pertama dalam General Assembly at the Catholic University of America. Gesaan Fecteau utk mendesak pentadbiran university menerima kumpulan aktivis gay bersuara pada 2012 telah memberi inspirasi besar untuk kemenangan Nate Tisa dalam pemilihan presiden di Georgetown University.
“Anwar sendiri pernah menjadi pensyarah di Georgetown University pada 2005-08. Rupanya selepas kegagalan penganjuran Seksualiti Merdeka di KL pada 2 tahun lepas, Anwar sedang merancang sesuatu yg lebih besar atas nama hak asasi pada tahun hadapan,” dedahnya.
Menurut laman sosial itu, Anwar kini sedang merancang mahu menganjurkan “Intenational Day for Homophobia And Transphobia (IDHO)” kali ke-10 di Malaysia pada 17 Mei tahun hadapan.
“Beberapa orang ahli COMANGO dan Nick Xenophone, Senator dari Australia akan membuat program susulan dgn penganjut IDHO sebelum ini di UK bagi memastikan kelancaran IDHO yang kesepuluh di Malaysia.
“Mahukah kita lihat perhimpunaan sebegini di Malaysia? Atas nama hak asasi?,”dedahnya lagi.

No comments: