Wednesday 18 December 2013

( FOTO 18SX ) - SAIZ BESAR 'ANU' RASPUTIN JADI REBUTAN MUZIUM MENJELANG 100 TAHUN SELEPAS KEMATIANNYA

Zakar Rasputin Terus Jadi Perdebatan Menjelang 100 Tahun Selepas Kematiannnya!

Siapa sebenarnya Grigori Efimovich Rasputin?

Dia adalah DALANG di sebalik kejatuhan keluarga diraja Tsar di Rusia, dalang kejatuhan dinasti diraja Romanov pada tahun 1917 sehingga tertubuhnya Soviet Union.

Pengaruh Rasputin dalam keluarga diraja Tsar cukup gah sehingga menyebabkan beliau diangkat menjadi orang kepercayaan dan penasihat peribadi Alexandra Tsaritsa.


Sehingga satu peringkat, Rasputin boleh memilih sesiapa sahaja untuk menduduki jawatan penting dalam kerajaan.

Namun kerana dia jugalah, ekonomi Rusia jatuh merudum sehingga tercetusnya revolusi di Rusia.

rasputin-big-photos-2

Rahsia Rasputin berjaya mengangkat dirinya di kalangan pemerintah ketika itu cukup mudah – iaitu menggunakan kedudukannya sebagai pendeta agama yang kononnya mempunyai kuasa sihir sehingga pihak istana pun tunduk dengan kemahuannya.

rasputin2

Dari satu sudut lagi, Rasputin juga dikenali kerana sikap kaki perempuannya dan kehebatannya di ranjang.
Rasputin menggunakan kesempatan tinggal di istana dengan meniduri gundik-gundik termasuk permaisuri rajanya sendiri!

Dead_Rasputin

Dan kini, walapun Rasputin telah lama mati akibat dibunuh, kisah Rasputin masih lagi diperdebatkan.

Yang paling menjadi kontroversi adalah zakarnya yang dikatakan 'sangat besar' hingga menjadi 'rebutan' banyak pihak terutama pihak muzium yang mahu menjadikannya tarikan utama untuk menarik lebih ramai pelawat.

Menurut rekod, seorang pembantu menemui zakar Rasputin di lokasi pembunuhan lelaki itu.

penisjarwn_450x416

Pembantu berkenaan menyimpan zakar tersebut sehingga sekitar tahun 1920-an.

Kemudian zakar ini disimpan oleh sekepulan wanita Rusia di Paris. Mereka menyembah zakar ini sebagai lambang kesuburan, menyimpannya di dalam sebuah kotak kayu.

Setelah mendapat tahu mengenai hal ini, anak Rasputin, Marie, meminta mereka mengembalikan zakar itu kepadanya.

Beliau kemudian menyimpannya sehingga dia meninggal pada 1977. Setelah itu tiada ada sesiapa pun tahu di mana Marie menyimpan zakar bapanya itu.

Tiba-tiba beberapa tahun lalu, pihak Museum St. Petersburg, Rusia mendakwa mereka memiliki zakar berkenaan dan telah menayangkannya kepada orang ramai.

-5

Pengarah muzium mendakwa mereka berjaya memiliki zakar Rasputin dan beberapa helai surat tulisan tangannya dari seorang peminat dan pengumpul barangan antik.

Namun beberapa pakar urulogy mendakwa zakar yang kini diawetkan oleh pihak muzium tersebut itu hanyalah sejenis timun laut!

valezy1


Kisah saiz zakar Rasputin nampaknya akan terus menjadi perdebatan walaupun lagi tiga tahun, genap 100 tahun dia dibunuh.

Yang pasti 'anu' Rasputin terus menjadi misteri, seperti mana misteri yang menyelubungi tuan punya zakar itu sendiri.

Macam-macam hal...- Mynewshub.my

No comments: