Sunday 8 December 2013

MAT SABU AKAN SAMAN ZAHID.... TAPI DAH LARI KE IRAN...???



Mohamad Sabu sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ia berhubung kenyataan Naib Presiden UMNO itu ketika ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2013 di PWTC Sabtu yang mendakwa Timbalan Presiden PAS itu mengamalkan ajaran Syiah.

Dalam ucapan itu juga, Zahid mengumumkan memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin kedua tertinggi PAS itu.

“Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” kata Mohamad seperti dilaporkan Harakahdaily.net.

Beliau dalam pada itu dengan keras menafikan tuduhan Zahid tersebut dan menyifatkannya berniat jahat.

“Saya Ahli Sunnah Wal Jama’ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah,” katanya lagi.

PAS sebelum ini telah beberapa kali menafikan tuduhan ini dengan menegaskan bahawa tiada ahli PAS berfahaman Syiah. Malah PAS mengalu-alukan jika ada pihak yang boleh membawa bukti ada dikalangan ahlinya mengamalkan ajaran Syiah.- agenda daily

Kemudiannya telah dikhabarkan  Mat Sabu sudah hilang dari bumi Malaya. Ada yang kata dia sudah ke Iran untuk mengelakkan dari tangkapan oleh JAKIM ekoran dari pendedahan berani oleh menteri KDN Zahid Hamidi. Biar betul....???

No comments: