Sunday 8 December 2013

MALAYSIA MASIH ADA HARAPAN MILIKI PULAU BATU PUTEH


Alasan yang diberikan oleh ICJ yang memberi kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura adalah berdasarkan fakta bahawa sejak 1850-1953, Malaysia tidak ada bukti menjalankan apa-apa kegiatan ataupun yang boleh diterima sebagai bukti kedaulatan sama ada pendudukan, pemerintahan mahupun penyeliaan atas Pulau Batu Puteh.   
Mahkamah juga menegaskan bahawa peta yang tertera dan diperbuat oleh Malaysia itu sesungguhnya mencerminkan juga apa-apa hal yang bersabit tuntutan Singapura. Oleh kerana pulau itu dan juga rumah api yang diletakkan di situ sebagai rumah api Horsburgh adalah milik Singapura.

Mantan Menteri Luar Malaysia ketika itu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dilapor berkata surat pegawai yang mewakili setiausaha kerajaan negeri Johor pada 1953 dianggap mahkamah sebagai bukti menyerahkan kuasa dan kedaulatan pulau itu. 

Tuntutan-tuntutan lain yang diperbuat Singapura (juga) meyakinkan mahkamah bahawa Pulau Batu Puteh diserahkan kepada Singapura dalam bentuk pengawasan kedaulatan. 

Dalam konteks yang agak berlainanlah maka mahkamah menentukan Middle Rocks adalah milik dan kedaulatan pada Malaysia.

Saya telah mendapat maklumat bahawa Malaysia masih mempunyai peluang untuk mendapatkan semula pulau tersebut di mana pihak Mahkamah ICJ memberikan tempoh 10 tahun untuk menilai semula keputusan tersebut sekiranya pihak Malaysia mempunyai bukti-bukti terkini. Ini bermakna Malaysia boleh mengemukakan tuntutan semula kes Pulau Batu Puteh menjelang 2018.

Saya juga telah menghubungi seorang ahli Persatuan Sejarah Johor, bahawa masih terdapat bukti-bukti yang ada di Istana Johor yang boleh dikemukakan untuk membawa semula isu tersebut di ICJ.

Oleh yang demikian, jika kita masih berminat untuk mendapatkan Pulau Batuh Puteh, saya mencadangkan supaya pihak-pihak yang terbabit supaya memulakan usaha dari sekarang kerana tempoh 2018 masih jauh lagi.

Dalam pada itu, tuduhan-tuduhan ke atas Peguam Negara dan pasukan peguam negara kita tempoh hari hendaklah dihentikan kerana, saya tidak percaya wujudnya unsur rasuah dalam kes tersebut. 

Pasukan Peguam Negara kita sudah berusaha bukan setakat dalam kes Pulau Batu Puteh, tetapi kita sudah berusaha sejak kes Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan lagi. Mengapa anda tidak bercakap soal rasuah apabila kita menang Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan?

Contohilah bagaimana negara China begitu bersungguh-sungguh mendapatkan semula Pulau Macau dan Pulau Hong Kong sehingga akhirnya mereka berjaya mendapatkannya semula. Yang terbaharu, kerajaan China mendesak kerajaan Britain mengembalikan semua artifak-artifak purba milik negara China yang dicuri semasa Perang Candu dahulu (1839-1842) dan (1856-1860).

Di dalam hati saya, bukan sahaja Pulau Batu Puteh itu perlu kembali kepada Malaysia. Temasek juga perlu kembali kepada Tanah Melayu, Temasek adalah milik Kerajaan Kesultanan Melayu Johor. Kerajaan penjajah British dan Stamford Raffles yang bersalah, bukannya Tunku Abdul Rahman. Kalau sesiapa mahu menilai semula sejarah negara kita, kita patut menilai kes ini iaitu asal-usul pulau Temasek sebelum tahun 1780 Masehi. Bagaimana pandangan anda?

Sumber : jentayuabaka

No comments: