Wednesday 11 December 2013

KENYATAAN RASMI TLDM MENGENAI KEMATIAN ASRUF


TLDM mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

Merujuk kepada berita dan gambar Asruf, anggota TLDM dikatakan mati dibunuh yang disebarkan di laman web dan juga laman sosial. Pihak TLDM sedang menjalankan siasatan dan ketika ini menunggu laporan Post-Mortem yang dijalankan oleh Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Sabah. 


Siasatan Terperinci akan diadakan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian LK 1 PAP Asrup Bin Raidin. Sekiranya kematian beliau diakibatkan perbuatan jenayah, Pihak TLDM akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit dan dikenalpasti menyebabkan kematian beliau. Masyarakat dan orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan isu ini melalui portalhttp://www.navy.mil.my/index.php/e-aduan

SEBELUM ini dilaporkan gambar arwah Asruf yang merupakan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipercayai mati dibunuh tersebar. Gambar mangsa tersebar dilaman sosial berikutan keluarga mangsa tidak berpuas hati apabila anak mereka dilaporkan mati akibat lemas ketika sedang menjalani latihan. 

BACA SETERUSNYA.... DI SINI

No comments: