Wednesday 11 December 2013

( FOTO ) - TRAK TENTERA KONVOI MENTERI PENERANGAN/KOMUNIKASI BAWA BARANG BANTUAN BANJIR JATUH GAUNG


Gambar-gambar ini diambil kira-kira setengah jam selepas kejadian yang melibatkan kemalangan konvoi Menteri Penerangan Komunikasi, Datuk Seri Shabery Chik jalan Kemaman menghala ke Pekan Cheneh. 




Menurut cerita mangsa, trak tentera ini sedang mengikuti konvoi Datuk Seri Shabery Chik dan konvoi menteri berjaya mengelak dari bertembung dengan lori bijih tersebut namun trak askar yang mengekori dari belakang tidak sempat untuk mengelaknya. 




Kemalangan ini melibatkan sebuah trak askar yang membawa bekalan makanan dan keperluan mangsa banjir yang menuju ke Kg Pasir Putih. Menurut pemandu trak yang juga seorang anggota tentera, sebuah lori yang sarat membawa bijih memandu secara laju menuruni bukit sambil "makan jalan sebelah". Melihat lori bijih tersebut terlalu laju maka pemandu trak tentera mengambil tindakan mengelak lalu melanggar tiang elektrik dan terus masuk ke gaung sedalam kira-kira 5 meter yang juga merupakan lopak air. 




Manakala pemandu lori bijih terus memecut lari meninggalkan lokasi kemalangan sehinggalah berjaya dikejar oleh beberapa anggota tentera lain yang mengekori trak malang terbabit. Pemandu lori yang cuai tersebut berjaya diberkas dan diserahkan kepada pihak polis berdekatan. 



LAGI GAMBAR MENARIK.....LIHAT DI SINI

No comments: