Monday 16 December 2013

EJEN PERISIKAN AUSTRALIA DEDAH, ISTERI SUSILO MAHU ANAK SULUNGNYA JADI PRESIDEN

SYDNEY  –  AUSTRALIA. Ejen Perisikan Australia mendedahkan, isteri Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono merancang melantik anak sulungnya menjawat jawatan Presiden pada tahun depan.

Akhbar Australia mendedahkan, laporan itu diperoleh daripada intipan telefon bimbit isteri presiden, Kristiani Herawati.
Laporan itu menyatakan, tindakan itu dibuat memandangkan Susilo akan meletak jawatan sebagai presiden pada tahun depan selepas tamat perkhidmatan selama dua penggal.
Bagaimanapun, pegawai istana dan ahli pemimpin dari Parti Demokrat menyangkal dakwaan itu.
Terdahulu, banyak media menyatakan, Kristiana merupakan satu-satunya individu paling dipercayai oleh Susilo.
Dalam perkembangan berasingan, Perdana Menteri Australia Tony Abbott menuduh Indonesia selama ini tidak membantu dalam banyak hal termasuk menggantung kerjasama memerangi kes pemerdagangan manusia.
“Kami menggesa Jakarta meneruskan kerjasama dalam aliran pemohon suaka politik dan lebih serius dalam menyelesaikan masalah itu,” katanya dipetik Reuters.
Bulan lalu, Indonesia bertindak menghentikan segala kerjasama dengan Australia termasuk memanggil duta Indonesia di Canberra susulan pembongkaran skandal pengintipan telefon didedahkan oleh pendedah program perisikan Agensi Keselamatan Kebangsaan AS (NSA), Edward Snowden. - SinarHarian

No comments: