Monday 16 December 2013

BERHALA ISLAM MENCEMAR KESUCIAN ISLAM - DR. FADLAN


SHAH ALAM : Pihak yang bertanggungjawab membina berhala berupa Haji berserban dan Hajah bertudung dipercayai untuk mencemarkan kesucian agama Islam, tegas Pengerusi Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu) Dr Fadlan Mohd Othman. 




Beliau berkata insiden sebegitu terjadi apabila pihak tidak bertanggungjawab memanipulasikan kebebasan beragama yang diamalkan di negara ini.

"Yang wujud sekarang ini dalam perkara ini adalah provokasi dalam Islam dan usaha untuk mencemarkan agama Islam. Tapi Islam sendiri tidak akan tercemar.

"Yang kita risaukan di Malaysia khususnya yang memberi kebebasan beragama yang diamalkan selain menjaga sensitiviti agama," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Semalam pelayar laman internet dikejutkan dengan penyebaran sekeping gambar berhala yang diukir menyerupai seorang Haji berserban dan seorang Hajah bertudung labuh menerusi Facebook Nadi Rakyat Dot Net Official.

Berhala itu dikatakan dijumpai di Lumut, Perak.

Fadlan menegaskan perbuatan itu sama sekali menghina agam Islam.

"Bila ada isu orang membina patung berhala Haji dan Hajah, saya rasa masalahnya adalah ini merupakan satu provokasi terhadap Islam, perkara yang amat-amat tidak patut.

"Dalam hal ini pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang segera dan juga langkah yang cukup tegas, kalau boleh cari hingga ke lubang cacing," jelasnya. 

No comments: