Sunday 10 November 2013

SUSPEK BUNUH KETUA BAHAGIAN PENGUATKUASA JAIP BERJUBAH HITAM, BERKOPIAH DAN BERKERETA PROTON WIRA AEROBACK PUTIH


Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mati selepas terkena tiga das tembakan di rumahnya di Indera Mahkota 2 dekat Kuantan hari ini.

Menurut sumber polis, Raflie Ab Malik dipercayai mati di tempat kejadian kira-kira jam 2 petang.


"Tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu," kata sumber polis di Kuantan.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa.

"Suspek juga dipercayai memakai pakaian berwarna hitam dan berkopiah," katanya.

Beliau berkata polis masih menyiasat kes itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad mengesahkan kejadian itu.

No comments: