Thursday 28 November 2013

GAJI MB SELANGOR - KENAIKAN SEHINGGA 106% ..... TAKEBEER!!!


Dari AIDC News  :  Kenaikan gaji Menteri Besar (MB) Selangor dan barisan pentadbiran kerajaan negeri mencecah antara 100 peratus hingga 300 peratus, lapor blog siemens-melayumaju.

Menurut blog itu kenaikan gaji MB adalah 106.4 peratus; barisan exco, 231 peratus; speaker, 268 peratus dan Timbalan Speaker, 373 peratus sedangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hanya menerima kenaikan 88 peratus.
“Apa rasionalnya meluluskan kenaikkan gaji ini? Rakyat berhak tahu. Sudah tentu ianya tidak mendapat bantahan dari mana-mana ADUN yg memegang jawatan tersebut,” soal blog itu dalam artikelnya bertajuk “Rakyat Selangor Tanggung Kenaikkan Gaji ADUN >300%


Blog novandri pula membandingkan antara gaji MB Selangor dengan gaji Perdana Menteri (PM) dan barisan kabinetnya.
“Pembangkang bercakap tentang pembaziran yang kononnya dilakukan oleh kerajaan BN. Mereka bising tentang kos elektrik rumah rasmi Perdana Menteri. Mereka riuh tentang kos perjalaanan DS Rosmah Mansor. Mereka mahu menteri-menteri memotong gaji mereka untuk ‘membantu rakyat’
“Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan BN akan dihentam kononnya membazir wang rakyat. Pokoknya, pembangkanglah yang paling hebat berbelanja dan berjimat bukannya kerajaan BN.
“Tetapi, di manakah suara pemimpin-pemimpin pembangkang apabila kerajaan pakatan pembangkang menaikkan gaji mereka sendiri menggunakan wang rakyat di Selangor?, “soal blog itu.

No comments: