Saturday 9 November 2013

CULIK : FREDDIE TELAH DITEMUI


Semalam dilaporkan, seorang guru bahasa Inggeris sekolah swasta warga Britain, Sarah Joseph, 38 tahun,  trauma kerana anak sulungnya,  Freddie Joseph, 20 bulan, diculik sekitar jam 6 petang semalam di rumah teres 2 tingkat mereka, terletak di Jalan Terasek, Bangsar, Kuala Lumpur.


Seorang lelaki dilaporkan masuk ke dalam kawasan rumah dan kemudian melarikan anak kecil itu ke kenderaan Toyota Camry, dillapor menggunakan nombor pendaftaran, BKP 4386 berwarna putih diparkir di luar rumah. Berkemungkinan besar, nombor pendaftaran itu palsu. Sarah cuba mendapatkan kembali Freddie daripada lelaki bersenjata tajam terbabit tetapi gagal. Kenderaan penculik itu dipandu oleh wanita.
Sarah dikatakan masuk ke rumah buat seketika, meninggalkan anaknya berseorangan di ruang legar rumah, tempat pakir kenderaan.

Freddie, anak hasil perkahwinan Sarah dengan bekas suaminya, warga Filipina.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek dipercayai dikenali oleh keluarga mangsa dan kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961, sabit kesalahan pesalah boleh digantung sampai mati. 

Sehubungan itu, gerakan mencari oleh Polis Kuala Lumpur masih lagi giat dijalankan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah menafikan Freddie Joseph, kanak-kanak lelaki berusia 20 bulan itu, ditemui dan penculiknya ditangkap di Kuantan, Pahang semalam. 

Freddie's safe in his mother's arms.
Freddie kini selamat dalam dakapan ibunya....

Bagaimanapun, Freddie Joseph, kanak-kanak 20 bulan yang diculik dari Bangsar semalam, telah ditemui di Taman Tasik Titiwangsa 1.20 tengah hari ini. Ia disahkan oleh Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairy Ahrasa. 

No comments: