Friday 1 November 2013

AL-FATIHAH : 2 TOKOH UMNO KELANTAN MENINGGAL DUNIA


KOTA BHARU  - Dua tokoh veteran UMNO Kelantan meninggal dunia petang semalam dan tengah malam tadi.

Mereka ialah Datuk Mohamed Idris, 84, iaitu bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh dan Datuk Yaakub Muhamad, 72, yang juga bapa kepada Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Mohamed meninggal dunia di rumahnya di Jalan Che Yem, Pasir Puteh akibat sakit tua kira-kira pukul 6.45 petang semalam.


Manakala Yaakub yang juga ahli perniagaan terkenal di negeri ini menghembus nafas terakhir di kediamannya di Labok, Machang kira-kira pukul 12.18 tengah malam tadi selepas serangan strok kali kedua pada Hari Raya Aidiladha lalu. - UTUSAN ONLINE


***Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh2 orang2 yang soleh dan beriman... (Gambar sekadar hiasan)

No comments: