Monday 28 October 2013

UNDI PAS BERMAKNA UNDI ANWARINAS #PRKSgLimau


Memberikan undi kepada calun Pas di kawasan Sg Limau adalah memberikan undi kepada Anwarinas yang memperkudakan Pas selama ini  dan mahu menjadikan Pas sebagai batu loncatan untuk Anwar Ibrahim  menjadi Perdana Menteri.

Ingat Harakah yang dikuasai oleh Anwarinas telah menyatakan bahawa Haji Hadi hanya layak untuk menjadi nelayan.

Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak cukup menyedari pandangan rendah dan kecil Anwar Ibrahim terhadap ulama  dan beliau tidak senang dengan Anwar lama  sebelum PKR berkerjasama dengan Pas dalam Pakatan Rakyat.

Saya ingin memberitahu seluruh ahli Pas dan juga orangramai  apa yang dinyatakan oleh Allahyarham Azizan kepada saya ketika beliau melancarkan buku" Haji Abdul Rahman Merbok" seorang ulama pejuang kemerdekaan yang terkenal di negeri Kedah yang ditulis oleh Ismail Rastu seorang penulis beberapa buah buku  terbitan  Dewan Bahasa dan Pustaka selepas Pilhanraya Umum 2008.

Jemputan kepada Azizan yang dibuat oleh saya tidak menyenangkan orang orang UMNO tempatan dan mereka tidak  hadhir bersama saya  kecuali beberapa orang pegawai  JASA.Mereka heran bagaimana saya boleh menjemput Azizan sedangkan saya baru kalah pilihanraya di kawasan Sg Petani setelah disingkirkan dari kawasan Merbok dalam masa dua hari sebelum pilihanraya dan ketika itu saya tidak mempunyai sebarang kedudukan kecuali sebagai seorang calun yang kalah.

Dalam ucapan di majlis itu yang diadakan di sebuah surau berhampiran dengan Pekan Merbuk, Azizan  menyatakan bahawa beliau hadhir memenuhi jemputan saya kerana pertama sekali:

* Haji Abdul Rahman Merbok adalah guru kepada bapanya Abdul Razak. Dan kedua:

* kerana" Zam adalah kawan saya."

Kami sama sama pernah di Maktab Mahmud Alur Setar dan juga kemudiannya di London antara tahun 1975-76 dan kerap berjumpa di Malaysia Hall, Marble Arch.

Sesuatu yang tidak mungkin dapat saya lupakan seumur hidup saya ialah bila di majlis itu  di tanya oleh Azizan   kenapa saya  berikan peluang untuk siaran langsung perdebatan terbuka Anwar Ibrahim dengan Sabri Chik (Menteri Penerangan) di RTM. Saya menjawab " Maaf Datuk "saya bukan lagi menteri penerangan" dan beliau ketawa.Memang benar pandangan Azizan, Perdebatan itu membawa malapetaka kepada UMNO.

Saya telah lama faham dengan sikap Azizan terhadap Anwar. Azizan bukanlah ulama jumud seperti kebanyakan pemimpin Pas yang mudah dicucuk hidung oleh Anwar .Maka itu Anwar tidak mengujungi Azizan ketika sakit di Hospital.

Dosa orang Anwarinas termasuk di Kedah  terlalu besar terhadap Azizan dan keluarganya. Maka itu sebagai mengenang  jasanya  dan menghormati Allahyarham yang mahu diinanyai oleh orang Anwar sendiri dalam Pas di Kedah, penduduk Sg Limau mestilah menolak calun Pas  di kawasan ini sekalipun dikatakan mewakili Azizan tetapi yang lebih penting ialah menjiwai hasrat terpendam Azizan sendiri yang tidak pernah dinyatakannya secara terus terang tetapi saya tahu. 

Satu undi kepada calun Pas di Sg Lima berarti satu undi kepada memperkuatkan Anwarinas di dalam Pas. zamkata

No comments: