Wednesday 23 October 2013

'SARAVANAN' DIBURU UNTUK JADI TUKANG SEMBELIH BABI DI SEKOLAH ..... !!!!!!!!!!


DI-SEBABKAN MULUT BADAN AKAN BINASA.....

Laporan Sin Chew Daily semalam memetik kenyataan ketua polis daerah Serdang ACP Abdul Razak Elias, bahawa pasukan itu membuka siasatan ekoran laporan yang dibuat oleh guru besar sekolah tersebut.
Menurut Sin Chew, polis kini sedang mencari “Saravanan” untuk membantu siasatan.

Menurut laporan tersebut, guru besar tersebut, Mohd Amin Bahari, bimbang dengan keselamatan dirinya dan juga keselamatan harta sekolah selepas perbualan dengan “Saravanan”.

Dalam rakaman yang dimuatkan "Saravanan" di Youtube, Mohd Amin mempertahankan ibadah korban yang dijalankan di kawasan sekolah tersebut pada minggu lalu.Saravanan juga menyarankan supaya kaum Cina menyembelih babi di sekolah kebangsaan.

Rakaman perbualan tersebut dimuatkan di Youtube sejak lima hari lalu.

Dalam rakaman tersebut, Saravanan menuntut penjelasan berhubung penyembelihan lembu di kawasan sekolah.

Mohd Amin seterusnya menjelaskan bahawa tiada pekeliling yang melarang perbuatan tersebut.

Katanya, penyembelihan korban semasa Aidiladha perlu dianjurkan di kalangan orang Islam, terutama di kalangan pelajar.

No comments: