Wednesday 23 October 2013

PEMILIHAN SEMULA NKPUM : AZWANBRO MENANG DI SABAK BERNAM DAN GELANG PATAH


GELANG PATAH : Sayap Pemuda UMNO bahagian Gelang Patah memilih Khairul Azwan Harun sebagai Naib Ketua Pemuda dalam pemilihan semula yang diadakan pagi tadi.


Dengan keputusan terbaru itu, Khairul Azwan Harun kini memperoleh 74 undi, iaitu kelebihan satu undi berbanding dengan pencabarnya, Jawawi Jaafar yang sebelum ini pada kedudukan seri 73-73. 


Selain Gelang Patah, dua lagi Pemuda UMNO bahagian yang dijadualkan mengadakan semula pengundian ialah Bachok dan Sabak Bernam. 

Sementara itu di MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN SABAK BERNAM, keputusan adalah seperti berikut : 

Tarikh : 23 Oktober 2013 (Rabu) 
Masa : 11.20 pagi 

KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA  

Calon NKP; 
01 Jamawi Bin Jaafar 
Rank : 2 Undi : 69 

04 Khairul Azwan Bin Harun 
Rank : 1 Undi : 161 

Kertas Undi Yang Dikeluarkan : 237 
Undi Rosak : 1 
Kertas Undi Yang Ditolak : 6 


Bagaimanapun, Bahagian Bachok akan memilih semula Naib Ketua Pemuda UMNO Jumaat ini selepas ia ditangguhkan hari ini, 
kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Kelantan, Datuk Hassan Harun. 

No comments: