Wednesday 2 October 2013

PRU13 : CINA TOLAK MCA KERANA PERSONALITI JELEK CHUA SOI LEK...???

chuavstionglai513

Nampaknya pertembungan antara orang nombor satu dan nombor dua dalam MCA berulang kembali, kini perang kem Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan timbalannya Datuk Liow Tiong Lai sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Perang dingin sudah jadi perang mulut. Orang Melayu kata 'gayung bersambut'.

Kisah Dr Chua dan Liow kurang mesra ini sejak lepas PRU13 lagi, setelah MCA kalah teruk, wujud desakan supaya Dr Chua berundur dan menyerahkan kepimpinan parti kepada orang baru.
Namun akhir-akhir ini pergeseran antara mereka makin teruk, terutama apabila 20 ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA mahu mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) segera dan antara usul yang dicadangkan adalah mencela Tiong Lai.
Amarah orang nombor dua MCA itu tidak dapat dibendung lagi, di dalam sidang media di ibu pejabat MCA Selasa Tiong Lai memangil Dr Chua senagai 'diktator' dan 'kaki spin'.
Liow menegaskan dakwaan Dr Chua bahawa beliau mendesak Presiden MCA meletak jawatan sebagai tidak benar dan menyifatkan ia sebagai taktik buli.
"Hentikan buli orang. Kesabaran saya ada hadnya,"katanya.
Tiong Lai menafikan dakwaan bahawa beliau gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pengerusi Jawatankuasa PRU13 sehingga menyebabkan kekalahan teruk parti.
Kekalahan parti pada PRU13, katanya, berpunca daripada penolakan rakyat terutamanya masyarakat Cina terhadap personaliti Dr Chua.
"Sebab kekalahan besar kami adalah kerana kami mempunyai seorang presiden dengan moral tercemar,"ujarnya.
Dr Chua pada 2008, dikaitkan dengan satu skandal seks, beliau mengakuinya, meletak jawatan sebelum kembali aktif selepas PRU12.
Turut hadir dalam sidang akhbar Tiong Lai adalah bekas ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun, Ketua Wanita Datuk Yu Chok Tow dan anggota jawatankuasa MCA Datuk Dr Hou Kok Chung, Lee Wei Kiat dan Datuk Hoh Khai Mun.
Beliau juga menolak dakwaan yang beliau enggan menerima keputusan parti untuk menarik balik keanggotaan ADUN Pulai Sebatang Datuk Tee Siew Keong yang menerima jawatan Exco kerajaan negeri Johor, sehingga mencetuskan konflik dalaman parti.
Ujarnya, beliau sedia menghadapi EGM yang dicadangkan oleh parti.
Bagaimanapun, Liow mendakwa pada Selasa bahawa resolusi yang akan dibawa dalam EGM tersebut disasarkan pada orang yang salah.
Tiong Lai juga mendakwa Dr Chua membuat segala keputusan parti secara sendiri tanpa merujuk ataupun berbincang dengannya ataupun dengan anggota-anggota jawatankuasa pusat yang lain.
“Saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Parti sebelum ini telah turun padang bersama-sama dengan anggota jawatankuasa saya bagi mendengar pandangan rakyat serta berbincang dengan pelbagai NGO melalui dialog di seluruh negara.
“Mereka merasakan perlunya ada wakil kaum Cina dalam Kabinet ataupun kerajaan bagi membantu menyuarakan serta menyelesaikan masalah mereka,” katanya.
Beliau berkata keputusan sama ada boleh mengadakan EGM ataupun tidak, akan diputuskan dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat Khamis ini.

No comments: