Thursday 31 October 2013

PEMUDA PAS SERBU TPM....



Video TPM telah diserbu oleh beberapa aktivis Pemuda PAS kononnya bagi mendesak beliau untuk menarik balik kenyataan yang dikatakan menghina arwah bekas MB Kedah,  Ustaz Azizan dan memohon maaf. Jom sama-sama kita saksikan video di atas, bagaimana TS Muhyiddin dengan tenang menghadapi militan taksub PAS yang MENYERBU beliau secara tiba-tiba.



Isnin lepas, Pas termasuk Dewan Pemudanya mendesak supaya Muhyiddin menarik balik kenyataannya yang didakwa mereka mengaitkan isu pemansuhan subsidi gula dengan penyakit kencing manis Azizan yang dididakwa telah menyinggung dan mengguris hati keluarga bekas menteri besar Kedah itu. 

Berikutan itu, Muhyiddin semalam membuat permohonan maaf semasa lawatannya di Bukit Choras, namun menafikan kenyataannya mempunyai unsur penghinaan dan bertegas ianya diputar belitkan, selain meminta pihak yang membuat tuduhan menyemak semula rakaman ucapannya di SMK Sungai Limau, Sabtu lalu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin bersyukur permohonan maafnya kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak atas kenyataannya yang didakwa Pas menghina bekas menteri besar Kedah itu, diterima baik oleh keluarga Azizan.

Muhyiddin berkata, anak kelima Azizan, Mohd Rafi'ie, telah menghantar maklumat kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pagi ini bahawa keluarga Allahyarham telah menerima permohonan maaf yang dibuat oleh beliau semalam.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, Mukhriz telah memaklumkan kepadanya atas penerimaan maklumat tersebut melalui Khidmat Pesanan Ringkas(SMS) daripada Mohd Rafi'ie pagi ini. 

"Saya syukur kerana teks yang dikemukakan anakanda beliau (Azizan) menyatakan keluarganya telah terima mohon maaf saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan tengah hari bersama masyarakat Cina kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau di Pusat Operasi BN di Sungai Limau Dalam, dekat sini, hari ini.

Muhyiddin berharap isu itu dianggap selesai dan tidak lagi akan dibangkitkan.

No comments: