Monday 7 October 2013

MUKHRIZ KURANGKAN KEMPEN VICE PRESIDEN UNTUK KEMPEN PRK DUN SG. LIMAU


Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir akan mengurangkan perjumpaan dengan perwakilan UMNO bagi memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri, Sungai Limau.
Ini kerana DUN berkenaan adalah kubu kuat PAS dan memerlukan gerakan kerja efektif dari jentera Barisan Nasional.

"PRK adalah lebih penting saya terpaksa kurangkan kempen UMNO kerana saya terpaksa beri tumpuan kepada Pilihan Raya Kecil Sg Limau ada pada 8 hari bulan ini pengenalan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor saya tak dapat pergi kerana berada di Sungai Limau bersama Tan Sri Muhyiddin". Datuk Mukhriz Tun Mahathir

Pemimpin dengan Tag Line #BeraniBerubah berucap sedemikian apabila sesi pengenalan di Melaka semalam.

Bagi MKP PRK Sungai Limau adalah kayu ukur Kreditbiliti yang perlu diterjemahkan kemenangan memihak pada Barisan Nasional oleh Datuk Mukhriz pada semua perwakilan.

Nampaknya MB Kedah ini lebih mengutamakan Rakyat Kedah dari Berkempen untuk dirinya sendiri, apalah sangat erti kemenangan jika Negeri Kedah perlu diutamakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR menetapkan 4 November depan sebagai hari membuang undi PRK DUN Sungai Limau.

Manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 23 Oktober.

PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak, 26 September lalu. SUMBER

No comments: