Monday 7 October 2013

APABILA ZAHID 'SEKOLAHKAN' WARTAWAN MALAYSIAKINI.....

zahid-wartawanxx513

Wartawan mempunyai tugas asas untuk bertanya soalan berkepentingan awam, yang mana para menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjawab.

Itu kata pengasas bersama Malaysiakini, Premesh Chandran dan Steven Gan dalam satu kenyataan bersama Sabtu.
Ini gara-gara Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegur wartawan Malaysiakini dalam satu sidang akhbar Jumaat lalu kerana mendakwa portal berita itu kerap 'spin' berita mengenai beliau dan polis.
Menteri Dalam Negeri itu menegur wartawan berkenaan ketika  cuba bertanya mengenai kehilangan senjata dan peralatan polis yang lain bernilai kira-kira RM1.3 juta, seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan pada hari Selasa.
Dalam sidang akhbar itu Zahid menjelaskan kehilangan senjata dan peralatan itu bukan kerana penyelewengan tetapi kerana kecuaian semasa operasi.
Beliau meminta wartawan berkenaan memetik betul-betul seperti apa yang dikatakanya dan tidak memutarnya.
Portal berita berkenaan telah main sakan isu teguran terhadap wartawan itu.Selain berita dan video pelbagai komentar disiarkan.
Dari segi asasnya menang betul Premesh Chandran dan Steven Gan mengingatkan menteri berkenaan bahawa adalah menjadi tugas wartawan untuk memastikan akauntabiliti mereka yang dipilih untuk memegang kuasa.
Namun realitinya apakah wujud 'fairplay' dalam meminta orang politik berpegang kepada prinsip wartawan berhak untuk bertanya dan menjadi tanggongjawab mereka untuk menjawab.
Isunya kenapa disebelah sini mau buka di disebelah sana tutup mata.
Cuba tanya kalangan wartawan yang pernah menghadiri sidang akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sudah berlaku banyak insiden dimana Ketua Pembangkang itu bukan sahaja tidak jawab soalan tetapi cuba menyindir dan mempermainkan soalan wartawan bila soalan panas dituju padanya.
" You ulang I saman" itu antara kata-katanya yang popular.Juga sindiran beliau yang standard terhadap wartawan yang bertanya soalan sebagai ajen UMNO segala macam sering kedengaran.
Ada wartawan kena herdik bila tanya lebih-lebih tentang isu video seks yang didakwa melibatkan dirinya.
Kebelakangan ini ada siapa pernah dengar media pembangkang menegur sikap Ketua Pembangkang yang cuba permainkan hak wartawan hendak bertanya soalan.
Pernah mereka mempersoalkan kenapa takut nak jawab.
Kita faham ada kalangan pemimpin politik cuba mengelak untuk jawab soalan dengan buat perangai seperti itu.
Soalnya kalau penakut sangat,jangan nak tunjuk konon berani nak berlindung cara begitu.
Menariknya dalam isu seperti video seks Anwar dan juga  yang melibatkan Datuk Mustapha Ali yang riuh satu ketika dulu,kalangan media pembangkang jadi tikus mondok hendak bertanya lebih-lebih.
Ironinya disebaliknya semua ini mereka cuba tonjol diri kononnya pejuang ketelusan.
Zahid sendiri bertindak begitu mungkin kerana hilang sabar dengan tindak tanduk media pembangkang memutar kenyataan beliau.
Siapa saja yang sering mengikuti laporan portal dan blog pembangkang tahu bagaimana mereka cuba gambarkan segalanya serba tidak kena.
Maka jika pengasas bersama Malaysiakini , Premesh Chandran dan Steven Gan ingin meminta akauntabiliti dari orang politik mereka perlu duduk lama depan cermin untuk menilai diri
Cuba tanya diri sendiri apakah mereka berani korek sampai ke lubang cacing isu moral yang ditayang secara jelas dan nyata dalam video itu.
Apakah mereka tidak anggap satu lawak jenaka bila Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang kata video tidak boleh dijadikan bahan bukti.
Sebagai wartawan dan orang yang waras fikiran mahukah kita semua diperbodohkan dengan kenyataan seumpama itu.
Kalau ingat nak main 'sorok-sorok'  sini pejam...sana celik...forget it bro .....
Petikan agendadaily

No comments: