Thursday 10 October 2013

3 GENGSTER 'IPOH MALI' MAUT DITEMBAK


KEPALA BATAS : Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan tiga penjenayah yang ditembak mati oleh polis di Ipoh hari ini merupakan anggota salah satu kumpulan kongsi gelap yang bergiat aktif di negeri itu.
Pagi tadi tiga daripada empat penjenayah yang baru merompak sebuah kedai emas ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan polis di Meru Raya, Jelapang.
Seorang lagi penjenayah cedera ditembak tetapi berjaya meloloskan diri.
Gerakan memburu suspek yang bersenjatakan pistol itu sedang giat dijalankan. antarapos

No comments: