Thursday 12 September 2013

BUKTI FARAH AF JATUH MUFLIS......

Farah-Diana-Anuar

Nama Farah Diana Anuar atau Faraf AF kembali menjadi perhatian ramai apabila sebuah akhbar memaparkan nama dan alamat Farah serta mendakwa bintang yang lahir dari program Akademi Fantasia musim kedua ini sudah muflis.

Berita ini ternyata mengejutkan ramai pihak selepas penyanyi dan pengacara ini didakwa terlibat dengan kes mencuri.

Ia menjadikan Farah sebagai artis kedua yang diisytiharkan muflis selepas penyanyi Aweera dari kumpulan Mojo, Julai lalu.

Gosip ini bermula apabila seorang forumer daripada forum Cari telah menghantar keratan akhbar yang mendakwa Farah AF telah muflis. Berikut adalah penerangan keratan akhbar tersebut.



Nama sebenar Farah AF adalah Farah Diana Binti Anuar dan sama dengan terpapar di keratan akhbar tersebut.

Tarikh Lahir Sama Dengan Kad Pengenalan: Kalau dilihat, tarikh lahir Farah adalah sama dengan yang terpapar di keratan akhbar tersebut. Farah lahir pada 25 Januari 1985.

Alamat Rumah juga dikatakan adalah alamat tempat tinggal sebenar keluarga atau ibu-bapa kepada Farah.

No comments: