Thursday 1 August 2013

PEMAIN HOKI NEGARA CHUA BOON HUAT MAUT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA.....



Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut dalam kemalangan selepas keretanya melanggar sebuah lori di LDP dekat Kelana Jaya jam 3 pagi tadi.

(UPDATE)

Lori yang dilanggar oleh beliau merupakan lori yang sedang digunakan untuk menyiram pokok bunga di lebuhraya berkenaan (Lebuhraya Damansara Puchong). Berasal dari Bukit Cina Melaka, Chua adalah salah seorang pemain hoki kebangsaan paling lama berkhidmat untuk negara.

Beliau memulakan kareer seawal usia 17 tahun dengan pasukan hoki Malaysia dan pernah bermain untuk Sukan Komanwel 1998 .

Mendiang yang mempunyai lebih 300 cap mewakili negara pernah muncul dalam dua final hoki Piala Sultan Azlan Shah pada 2007 dan 2009 .

Kali terakhir beliau beraksi untuk negara ialah dalam kejohanan liga hoki dunia di Johor Bahru.



Keadaan kereta Proton Perdana yang dipandu Chua Boon Huat.....

Dikhabarkan, Chua meninggal ditempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan terperangkap di dalam kereta Proton Perdana yang dipandunya.

Yang lebih memilukan keluarga, rakan-rakan dan para peminatnya adalah kejadian itu berlaku hanya beberapa jam selepas seluruh skuad hoki negara diberikan hadiah dan imbuhan duit raya sejumlah RM7500 setiap seorang kerana muncul sebagai JUARA PIALA ASIA di Ipoh.  Malahan, Chua sempat mengucapkan kata-kata penuh semangat semasa ditemubual oleh wartawan Nadi Arena, Bazli Azmi sejurus sebelum majlis berlangsung kerana beliau berjuang habis-habisan demi mendapatkan gelaran juara di dalam pertandingan itu.


".......muncul JUARA PIALA ASIA lebih penting daripada imbuhan RM7500 ini...."

Semasa hayatnya, Chua adalah seorang pemuda yang pemalu dan pendiam kepada orang-orang yang kurang dikenalinya.  Namun di raut wajahnya terpamer gambaran seorang yang penuh karisma, seperti yang dikatakan oleh wartawan tersebut, petikan DI SINI 



Ikuti pula petikan dari blog Malaysian Hockey :

The social media is abuzz with news that 33 year old Chua Boon Huat died in an accident with a lorry at the LDP Highway at 3.30am today. 
I have no means to verify the story yet but if true it is a tremendous loss to Malaysian Hockey and to me. 
Chua and I go a long way back, all the way to 1995 when he turned out for Yayasan NS in the MJHL. 
He holds the record of the most capped hockey international in Malaysia having surpassed Nor Saiful Zaini and S.Kuhan after been given a new lease of life in international hockey by coach Paul Revington. 
A quiet and unassuming person, my last conversation with him took place just a day before the World League commenced in Johor Baru and he enquired about my Mums condition then. 
Words are not flowing freely as I come to terms with this tragedy, praying that its not true.I will indeed miss you my friend.




Beliau adalah antara pemain hoki kebangsaan yang paling diminati admin dan sering menonton aksi permainannya ketika di padang..... RIP Chua Boon Huat. Negara kehilangan sebutir bintang hoki......

4 comments:

Unknown said...

RIP...

Unknown said...

RIP brah

Pu3 salju said...

harap anda dapat delete pic kemalangan tu..sbagai tanda mghormati keluarga mendiang..saya kakak ipar abg kepada marcus a.k.a chua boon huat bharap anda dpt bbuat demikian..saya berada di ppum sehingga tamat post mortem dan melihat tekanan n kesedihan yg dialami oleh keluarga mediang. diharap anda dpt memahami keadaan tsebut.terima kasih

Bicara Perjuangan said...

Admin memohon maaf di atas pic tersebut. Sebagai menghormati permintaan anda dan keluarga mendiang, admin akan sensor gambar tersebut tnpa mendetele nye. Utk pengetahuan, gambar tersebut juga telah tersebar dgn meluasnya di ruang siber dan ianya boleh di lihat di seluruh dunia. Sekian. Harap maklum....