Tuesday 20 August 2013

PARA PENJENAYAH YANG MAMPUS DITEMBAK POLIS TU, SEDARA MARA DAP KE..???

Kejadian jenayah berleluasa.....penjenayah bermaharajalela.... salahkan polis sebab tak jaga keselamatan awam..... tapi bila polis tembak mati penjenayah.... tiba2 cakap pasal Hak Asasi Manusia pulak.... nak salahkan polis jugak!!! Bagaimana kalau polis yang maut akibat ditembak oleh penjenayah....??? Korang nak salah kan polis jugak ke...??? SO....TUGAS POLIS TU APA SEBENARNYA....???!!! Ingat polis tu suka2 hati je ke nak lepaskan tembakan..?  Hoi..!!! .... kalau penjenayah tu mak bapak anak beranak korang sekalipun... mereka tetap PENJENAYAH!!! FAHAM TAK!!!!


lip eng1

Memang kecoh diperkatakan tentang kejayaan pasukan PDRM yang baru-baru ini berjaya menumpaskan sekumpulan penjenayah di Pulau Pinang. Ada yang lega serta memuji kejayaan tersebut, dan ada pula yang mencemuh serta mempertikaikan tindakan pasukan keselamatan itu.

Saya yakin, dengan tumpasnya lima orang penjenayah dan suspek kes bunuh itu, majoriti rakyat Malaysia mampu mengurut nafas lega. Kejayaan itu membuktikan bahawa pasukan PDRM kita tidak “lembab” atau hanya “berpeluk tubuh” sebagaimana yang diperkatakan segelintir pihak sebelum ini.

Pun begitu, masih ada pula yang mahu membela kematian para penjenayah tersebut. Peliknya, rungutan dan pertikaian itu tercetus dari pemimpin pembangkang, khususnya DAP. Pertikaian itu telah dipersoalkan salah seorang kolumnis Mykmu.net di sini.

Dalam kejadian tersebut, lima penjenayah itu dipercayai sedang bersembunyi di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong, Pulau Pinang. Menurut pihak PDRM, mereka semuanya merupakan geng kongsi gelap yang terlibat dengan kes bunuh dan jenayah berat (senjata api) di negara kita.

Menurut laporan media, berlaku kejadian tembak menembak antara pasukan polis dan penjenayah di pangsapuri berkenaan. Itu faktanya. Tiba-tiba entah dari mana idea yang timbul, kira-kira 100 orang ahli keluarga penjenayah itu berkumpul dan mempertikaikan tindakan polis.

Di mana Teresa Kok? Kononnya dia dilantik menjadi “Ketua Polis DAP” bagi memerangi jenayah baru-baru ini. Polis sudah tumpaskan lima orang pembunuh, mengapa pemimpin DAP seperti Lip Eng dan Rayer mempertikai tindakan menumpaskan penjenayah pula?

Lebih memeranjatkan, kejadian itu berlaku di Pulau Pinang! Sebelum ini, Guan Eng menggelar Johor sebagai pusat jenayah dan tidak selamat. Rupanya negeri pimpinannya itu menjadi “sarang” dan “pusat menternak” penjenayah? Bunuh orang di negeri lain, lari bersembunyi di Pulau Pinang?

lip eng

Ahli Parlimen Segambut (DAP) Lim Lip Eng mempertikaikan di laman Twitter miliknya, “Gangsters! How did you know?” (Kongsi Gelap/Samseng! Bagaimana kamu (PDRM) tahu?).
Soalan saya, bolehkah Lip Eng buktikan bahawa penjenayah yang ditembak mati itu bukan samseng atau kongsi gelap? Ahli Parlimen DAP itu ada sumber risikan sendiri, kah? Apakah sumber risikan Lip Eng lebih hebat dari pasukan risikan jenayah PDRM?

ADUN Seri Delima, RSN Rayer, yang merupakan seorang peguam pula bertindak seperti “peguambela” bagi ahli-ahli keluarga penjenayah itu dan mempersoalkan rasional pihak polis melepaskan tembakan terhadap “gangster-gangster” tersebut.

rayer

Saya ingin bertanya pada Rayer, kalau dia berada di tempat pasukan PDRM yang menyerbu penjenayah itu dan dia menerima tembakan dari penjenayah tersebut, apakah dia hanya akan duduk diam saja?

Apakah Rayer mahu seorang demi seorang anggota polis mati ditembak terlebih dahulu maka barulah anggota yang lain boleh membalas tembakan tersebut? Rayer belajar cegah jenayah dari Maktab Polis mana?

Mana mereka tahu Polis tidak memberi tembakan amaran? Takkanlah tiba-tiba saja polis boleh bertindak melulu melepaskan tembakan untuk membunuh? Setahu saya, pihak polis sangat tegas dalam soal peluru senjata api. Ia direkod dan perlu dijelaskan motif tembakan sekiranya dilepaskan.

Dalam kes itu, penjelasan pihak polis lebih meyakinkan. Tiga pucuk senjata api dirampas membuktikan berlakunya ancaman terhadap pihak polis. Tidak wajarkah pihak polis membalas tembakan sekiranya nyawa mereka diancam?

Saya ingin bertanya, sekiranya salah seorang anggota polis terkorban dalam kejadian itu, apakah seluruh keluarga penjenayah itu akan menanggung dosa ahli keluarga mereka yang jahat itu? Bagaimana jika keluarga anggota polis itu saman mereka semua? Boleh mereka tanggung?

Nampaknya dunia sudah terbalik dalam kepala pemimpin DAP. Penjenayah dibela bagaikan insan suci sedangkan siasatan polis menunjukkan sebaliknya. Sebaliknya, pihak yang menjaga keamanan pula yang dipersoalkan?

PETIKAN : MYKMU

No comments: