Thursday 22 August 2013

ALHAMDULILLAH... KETUA BISHOP GAGAL DALAM PERMOHONANNYA

Antara pejuang dari pelusuk tanah air yang hadir di Istana Kehakiman pagi tadi... 

Putrajaya : Mahkamah Rayuan sebentar tadi menolak permohonan Ketua Bishop Roman Katolik Kuala Lumpur untuk membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Katholik, The Herald menggunakan kalimah Allah. 


Ketua Biskop Roman Katolik Murphy Pakiam hari ini gagal dalam permohonannya untuk membatalkan rayuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan berhubung kalimah Allah.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin sebulat suara menolak permohonan ketua biskop untuk membatalkan rayuan tersebut.

Mereka memutuskan bahawa perkara itu tidak akademik dan masih menjadi 'isu langsung'.

"Kami kini menolak permohonan perayu (ketua biskop)," kata beliau.

Dua lagi hakim ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof.

Ketua biskop dan Herald Weekly membuat permohonan untuk membatalkan rayuan itu atas alasan penyelesaian 10 perkara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada masyarakat Kristian yang ditandatangani pada tahun 2011.

No comments: