Wednesday 14 August 2013

ALERT !!! 3 BERADIK HILANG DI IPOH..... MOHON SEBARKAN......


 Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan tiga beradik yang hilang semasa berada di rumah ibu mereka di Taman Meru 2B di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, kehilangan Sharafuddin Syazwan, 11, Syahir Syafi, 8 , dan Syauratul Syafiyah, 6, disedari ibu dan bapa kanak-kanak terbabit, Safarela Azwa Ishak, 36, dan Rizaudin Md. Zin kira-kira pukul 6.30 petang.
Katanya, hanya pintu pagar hadapan dalam keadaan terbuka namun tiada langsung tanda kediaman terbabit dipecah masuk.
“Selepas gagal mencari di kawasan sekitar, Safarela Azwa kemudiannya membuat satu laporan polis di Balai Polis Jelapang dekat sini pukul 11.45 malam.
“Buat masa ini kita mengklasifikasi insiden ini sebagai kes orang hilang memandangkan tiada unsur pecah masuk dan pecah keluar di kediaman terbabit.
“Semasa hilang, Syazwan memakai seluar bermuda biru gelap dengan jersi pasukan Brazil, Syahir pula berseluar coklat dan baju hijau pucuk pisang manakala Syafiyah berseluar merah jambu serta berbaju merah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan tiga beradik ini diminta menghubungi hotline IPK Perak melalui talian 05-245 1222 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
- KOSMO!

No comments: