Monday 29 July 2013

TERGEMPAR !!! PENGASAS ARAB-MALAYSIAN BANK MATI DITEMBAK !!!


(UPDATE)


Kejadian tembak-menembak individu semakin menonjol sekarang...

Terbaru, berita yang dilaporkan oleh Berita Harian pada jam 7.25 petang, sebentar tadi.....Pengasas Arab-Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi, 75, mati ditembak di tempat letak kereta berhampiran sebuah tokong cina di Lorong Ceylon, di sini hari ini manakala isteri cedera. 


Kejadian disahkan oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL ACP Khairi Ahrasa.




Menurut artikel yang disiarkan di sini, lebih kurang 12.30 tangahari seorang lelaki usia emas ditembak mati di hadapan sebuah tokong Cina. Si mati bernama Hussain Ahmad Najadi. Umur 75 tahun dengan isteri bernama Cheong Mei Kuan umur 49 tahun telah datang ke kuil ini atas permintaan penjaga tokong bernama Lim Sook yee untuk berbincang dgn satu lelaki cina bernama Dato Richard Morais berhubung pembelian saham harta kuil cina kedai 3 tingkat di Jalan  Berangan sebanyak RM300,000 ribu.


Perjumpaan antara simati , isterinya dan Dato Richard mengambil masa lebih kurang 20 minit dan Dato Richard telah keluar dari kawasan kuil. Selepas itu simati dan isteri telah duduk di kuil cina dengan penjaga kuil untuk berbincang hal2 selanjutnya.

Selepas beberapa minit,  simati dan isterinya berjalan ke kereta dekat kawasan parking telah di tembak oleh satu lelaki cina. Simati ditembak dengan dua das tembakan menggunakan senjata jenis 9mm luger di dada dan 4 di bahagian rusuk kiri manakala isterinya terkena tembakan satu das di pergelangan tangan kiri dan satu das di peha kanan.

Simati mati di tempat kejadian manakala isterinya terima rawatan di hospital Tung Shin.

Suspek di percayai 3 lelaki cina lingkungan umur 35-40 tahun yg datang dan tunggu  di luar kuil cina semasa perjumpaan simati dengan Dato Richard diadakan.

Motif sebenar belum pasti tetapi di percayai mungkin ada kaitan dengan wang pampasan berjumlah RM300 ribu yang di tuntut dari pihak kuil sejak kebelakangan ini.

Ps: kejadian tembakan semakin menjadi jadi sekarang ini. Inilah akibatnya apabila Ordinan Darurat dan ISA telah dimansuhkan.

Inilah yang pembangkang mahukan. Mereka mahukan sebuah negara yang kacau bilau. Mereka ingin menunjukkan bahawa kerajaan hari ini tidak mampu mentadbir kerajaan.

Walhal segala kekalutan dalam negara berpunca daripada tindakan pembangkang yang mahu ISA dan OA dimansuhkan.



No comments: