Thursday 18 July 2013

SIMULASI DAKWAT KEKAL : WARNA MUNCUL SEMULA SELEPAS DICUCI #PRKKualaBesut

alt

KUALA BESUT 18 Julai - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengadakan simulasi cara mencelup dawat kekal kepada wakil-wakil media bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
 
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, SPR telah menghantar contoh dakwat kekal itu kepada jabatan kimia Malaysia untuk diuji dari espek kandungan bahan-bahan yang digunakan.
 
"SPR telah mengadakan perbincangan mengenai pekara itu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan kandungan bahan-bahan dalam dakwat itu tidak memudaratkan kesihatan pengundi-pengundi apabila digunakan nanti.
 
"SPR juga telah menerima keputusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan penggunaannya tidak menlanggar kehendak hukum syarak,"  katanya di Bangunan Majlis Daerah Besut pagi tadi.
 
Jelas Abdul Aziz, bagi mendapatkan kesan tanda dakwat pada jari, pengundi-pengundi dinasihatkan supaya memastikan jari mereka tidak berminyak sebelum mencelup jari ke dalam dakwat. 
 
"Selepas dicelup dakwat kekal it perlu dibiarkan kira-kia 30 saat untuk kering.

 
"SPR mendapati jika dakwat kekal itu dicuci, warnanya akan muncul semula di jari," katanya dalam kenyataan akhbar yang diedarkan selepas simulasi terbabit. 
 
Beliau turut mengingatkan kepada para pengundi supaya tidak menggunakan dakwat kekal kepada jari itu untuk menanda kertas undi, bagi menanda kertas undi SPR sudah menyediakan pen di setiap petak undi

Bagi membuktikan keberkesanan dakwat itu, seorang wartawan menguji dakwat dengan mencelup jari dan mencuci beberapa kali. Ternyata dakwat masih kekal dan bertambah gelap.

Namun apa yang menjadi kebimbangan adalah, simulasi sama turut dibuat oleh SPR pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini. Hasilnya pun sama apabila dakwa dilihat kekal pada jari pendemo dalam simulasi itu. 

Malangnya, dakwat yang digunakan kepada pengundi ketika PRU-13 tidak kekal dan dijadikan isu oleh pihak Pakatan Rakyat (PR) untuk mempertikaikan keputusan PRU-13.


Jadi, pihak SPR jangan mengulangi kesilapan dahulu dan membiarkan isu dakwat kekal dimanupulasikan oleh PR. SPR kena pastikan dakwat itu kekal ketika digunakan pada hari pembuangan undi nanti. Jangan sampai dosa-dosa SPR, BN pula yang kena tanggung.

No comments: