Friday 19 July 2013

SHAHRIZAT TIDAK GENTAR JIKA DICABAR, LEBIH RAMAI LAGI BAGUS.....

azalina-ijat-513

Shahrizat Abdul Jalil pada Jumaat 'mempersilakan' Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman mencabar beliau bagi jawatan Ketua Wanita dalam pemilihan UMNO Disember ini.

Menurut beliau, sebagai seorang peguam beliau komited terhadap demokrasi dan bersedia dicabar oleh sesiapapun untuk jawatan yang disandangnya sejak penggal lalu.
"Saya ingin menjadikannya jelas, saya akan pertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia, saya mengalu-alukan, siapa juga, seramai mana... datang menawar diri, untuk jawatan tersebut.
"Kepada Azalina, jika betul-betul hendak bertanding, saya hendak minta satu, jangan bawa mesej perpecahan, saya tak nak dengar kononnya Azalina nak bawa tranformasi, orang muda dalam Wanita UMNO.
"Kalau Azalina nak masuk, masuk secara umum... kerana hendak membela Wanita, yang saya tak mahu tengok adalah ada kumpulan bekas Ketua puteri masuk ke Wanita Bahagian bertembung dengan Ketua Wanita Bahagian... akan ada perpecahan dalam UMNO.
"Kalau nak kempen, kempen untuk semua, jangan ada perpecahan diantara kumpulan Puteri dan ex-Puteri dan Wanita UMNO.
"Sebab apa ini akan hanya mengalakkan perpecahan dan perbalahan antara ibu dan anak... tak cantik, tak berkat, saya tak mahu tengok itu, saya hendak minta Azalina untuk kempen dengan semua... jangan ada bibit-bibit perpecahan antara kami yang ada hari ini 'ibu dan anak...'
Mengulas mengenai cadangan supaya beliau dan Azalina duduk berbincang mengenai pertandingan tersebut, kata Sahrizat, beliau terbuka kepada semua cadangan.
"Saya dengan Azalina macam emak dengan anak, atau kakak dan adik... saya okay dengan dia... cuma macam saya kata tadi, jangan kempen macam anak hendak bertembung dengan ibu... tak cantik begitu, kita satu keluarga..." katanya kepada wartawan di Kuala Besut petang Jumaat.
Beliau sebelum itu menyertai program Sentuhan Medik anjuran Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Kampung Nail Kuala Besut tadi.
Azalina sebelum ini menawar diri untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO.
Beliau merupakan pengasas dan ketua Puteri UMNO yang pertama ketika sayap UMNO itu ditubuhkan pada tahun 1999.
Azalina menawarkan diri untuk menjadi 'ejen perubahan' dalam sayap parti berkenaan, seiring dengan kemunculan generasi baru wanita dalam pergerakan itu.
Bekas menteri belia dan sukan, usaha tersebut akan menjadikan pergerakan Wanita UMNO lebih menarik dan relevan dalam lanskap politik baru.
Azalina, yang juga merupakan bekas menteri pelancongan, kini mengetuai Kaukus Wanita di Parlimen.
Petikan : AgendaDaily

No comments: