Tuesday 2 July 2013

REEZAL MERICAN NAFI BERISTERI 3


Minggu lalu blog ini telah menyiarkan berita 'khabar angin' yang mengatakan bahawa Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican telah berkahwin untuk kali ke - 3 dan kononnya isteri ketiganya itu merupakan seorang balu dan bekas artis. Baca di sini


Artis yang digembar-gemburkan menjadi isteri terbaharunya itu ialah Mas Anizan, bekas isteri Allahyarham ahli perniagaan dari Pahang, Datuk Ali Bapoo.

“Laporan itu tak betul. Ia fitnah semata-mata. Saya masih bersama isteri pertama saya (Ismalina Ismail) dan isteri kedua (Sharifah Noorhaslinda). Kedua-dua perkahwinan saya  itu menerusi “direct negotiation bukan menerusi  tender, tau” katanya dalam nada berseloroh.

“Saya ada dua dapur, dua rumah dan anak tujuh. Ada orang mempunyai satu rumah tetapi banyak restoran,” tambahnya cara berjenaka lagi.

Reezal berkata demikian ketika ditemui wartawan Agendadaily di lounge kenamaan parlimen pagi Selasa.

Menurut Reezal, beberapa blog telahpun menarik balik laporan itu apabila menyedari bahawa ia tidak benar. Beliau juga berharap blog-blog lain yang masih belum berbuat demikian supaya melakukan perkara yang sama.

“Saya nak saman pun banyak sangat. Tetapi saya ingin tahu siapa yang memulakannya,” katanya. 

Admin :  MEMOHON MAAF.....

No comments: