Thursday, June 27, 2013

MAS ANIZAN ISTERI KE-3 REEZAL MERICAN...???


Gosip dari orang dalaman UMNO ini hangat diperkatakan dimana khabarnya Datuk Seri Reezal Merican Naina yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas telah menambah cawangan ataupun berkahwin tiga dengan pelakon wanita yang dulu popular pada tahun 90an iaitu Mas Anizan, yang kini berumur sekitar 40an.

Isteri pertamanya adalah Datin Ismalina Ismail, 41 tahun dan isteri keduanya seperti yang diketahui umum adalah pelakon yang pernah popular suatu ketika dulu iaitu Sharifah Norhaslinda atau lebih dikenali Lin dan mereka telah berkahwin pada 20 Mac 2005 dalam satu majlis yang agak ringkas yang diadakan dekat Cheras Kuala Lumpur.

Datin Ismalina Ismail ni merupakan bekas Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan Pengarah Eksekutif Puncak Seni Sdn. Bhd., iaitu sebuah syarikat pembinaan dan telah mempunyai tiga orang cahaya mata.

Setahu kami dahulunya Mas Anizan ni pernah berkahwin dengan  ahli perniagaan, Allahyarham Datuk Ali Bapoo tetapi jodoh Mas Anizan dengan arwah suaminya tidak panjang apabila Ali Bapoo meninggal dunia pada 19 Mei 2008 akibat serangan angin ahmar.

Kalau benar perkara ini, kami ucapkan tahniah pada Datuk… Cantik-cantik isteri datuk dan diharapkan dapat berlaku adil pada ketiga-tiga isteri Datuk dan anak-anak. - Wanista

Isteri Pertama

Isteri Kedua

Sumber: mynewshub

No comments: