Tuesday 9 July 2013

PTVM BUAT LAPORAN POLIS, STESEN TV SWASTA AMALKAN RASUAH, KRONI

.

Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) akan membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan rasuah dan kroni berhubung kelulusan projek drama di sebuah stesen televisyen (TV) swasta tempatan.
 
Bercakap kepada mStar online, Presiden PTVM, Jurey Latiff Rosli (gambar) berkata, pihaknya mendapat aduan terdapat staf sebuah stesen TV tersebut telah membuka syarikat produksi dan meluluskan drama terbitan syarikatnya untuk disiarkan di stesen berkenaan sehingga menjejaskan periuk nasi produser lain.
 
PTVM juga menerima maklumat ada pegawai-pegawai yang terlibat dengan rasuah apabila akaun bank mereka menjadi perantaraan bagi menerima sejumlah wang dari pihak yang tidak bertanggungjawab.
 
Pihaknya kini akan menjalankan siasatan termasuk mengumpulkan bukti untuk dibawa ke pihak berkuasa. Menurut Jurey, ada di kalangan pegawai urusan stesen TV swasta secara diam-diam membuka syarikat produksi dan 'memberikan' peluang-peluang penerbitan kepada syarikat produksi mereka sendiri. 
 
Bukti-bukti itu akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mereka mengambil tindakan. Malah dia juga akan membawa saksi yang merupakan bekas pekerja stesen TV swasta tersebut. MD

No comments: