Thursday 11 July 2013

NIK ABDUH TIDAK MENUMPANG POPULARITI NIK AZIZ !!!

Post Pic

KUALA LUMPUR : Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata pencapaian serta kejayaan yang diperolehi adalah hasil usaha keras sendiri dan bukan kerana 'proksi' bapanya selaku pemimpin tertinggi parti Islam itu.


Malah tegas anak bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini, bukan mudah untuk beliau berada di kedudukan pada hari ini termasuk menjadi wakil rakyat di Parlimen Pasir Mas.
Justeru kata Nik Abduh, tidak timbul soal masih dibayangi 'proksi' atau berada dalam 'kepompong' bapanya namun mengakui minat dalam politik banyak dipengaruhi bapanya yang berperanan besar dalam PAS.

"Saya tak fikir nak keluar atau nak masuk dalam kepompong, sebab saya dalam politik yang pertama saya akui minat saya dalam politik ini mungkin kerana saya dekat dengan ayah sebagai pemimpin parti PAS.

"Selain itu latar belakang pendidikan saya pun menarik saya untuk berada dalam dunia politik," katanya dalam temubual bersama Antarapos baru-baru ini.

Sebelum PRU13 diadakan timbul dakwaan bahawa pencalonan Nik Abduh di Parlimen Pasir Mas adalah mewakili Nik Aziz yang merupakan pemimpin tertinggi PAS.

Namun Nik Aziz dalam responsnya menganggap pencalonan anaknya itu bukan bersifat 'proksi' beliau sebaliknya mewakili parti.

Malah menurutnya, beliau tidak pernah memberi petunjuk kepada pimpinan parti supaya memilih anaknya itu bertanding di mana- mana kerusi pada PRU13 nanti.

"Saya sepatah pun tak sebut agar anak saya dicalonkan, saya tahu kalau saya sebut, khianat saya,”kata pemimpin veteran ini.

Tiada sokongan bapa dalam karier politik

Tambah Nik Abduh, perjalanan karier politiknya sama seperti individu lain dan tiada sebarang sokongan dan bantuan daripada bapanya.

"Setakat saya tahu, saya bergerak seperti sahabat-sahabat lain iaitu bergerak secara semulajadi...tiada sokongan daripada ayah saya sendiri sepanjang karier politik saya.

"Kalah menang saya dalam parti tidak berkait (dengan bapa), ramai boleh lihat latar belakang saya..

"...dan saya fikir dah jadi satu takdir Allah, saya jadi calon dan ayah berhenti sebagai menteri besar. Jadi itu adalah satu proses," kata pemimpin muda yang menewaskan penyandang presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dengan majoriti 8,047 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13. SUMBER

No comments: