Saturday 20 July 2013

IMAM DARI MEKAH FASIH BERBAHASA MELAYU

Hiasan

Kehadiran imam dari negara-negara arab ketika bulan Ramadan ke negara ini bagi mengetuai solat terawih sudah menjadi kelaziman.

Di Melaka, kunjungan sejak 14 tahun lalu membolehkan seorang imam dari Makkah, kini fasih berbahasa melayu.

Beliau yang dimaksudkan, Imam Masjid Abbad,  Makkah, Mohamad Sharif Imrani, 35 tahun.

Kali pertama beliau diundang ke Melaka ialah pada tahun 1995.
Sejak itu sudah 14 kali Ramadan di sambut di negara ini.

Sepanjang Ramadan,  imam  yang diundang Jabatan Agama Islam Melaka ini akan bergilir-gilir mengetuai sembahyang terawih di masjid-masjid terpilih di Melaka.

Selain itu, beliau turut menerima pelbagai undangan termasuk menyampaikan tazkirah.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Dari Universiti Ummu Qurra,  Arab Saudi selain menjadi imam di Masjid Abbad beliau juga merupakan guru Al-quran.

Lihat vidoe .... DI SINI

No comments: