Friday 7 June 2013

TRAJEDI JAMBATAN KEDUA PENANG RUNTUH : UEM BUKAN KONTRAKTOR UTAMA

KUALA LUMPUR, 7 Jun –  UEM Builders Bhd pada Jumaat menjelaskan bahawa syarikat itu bukan kontraktor utama bagi projek  Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, UEM Builders berkata, syarikat itu hanya bertanggungjawab bagi kerja-kerja struktur besar rentangan bagi jambatan (Pakej 2) dan tidak terlibat dalam pembinaan bahagian lain jambatan berkenaan.

“Oleh itu, syarikat tidak terlibat dan tidak mempunyai kaitan dengan kontraktor yang dilantik untuk membina Pakej A, Persimpangan Batu Maung,” katanya.
Kenyataan itu juga menyenaraikan penerangan projek dan kontraktor yang terlibat dalam pembinaan jambatan berkenaan.
Daripada laman sesawang Jambatan Kedua Sdn Bhd, senarai menunjukkan kontraktor bagi Pakej 3A ialah Cergas Murni Sdn Bhd.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan terdapat laporan yang mendakwa UEM Builders sebagai kontraktor utama bagi jambatan tersebut.
Jalan tanjakan persimpangan Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang sedang dibina di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu here, runtuh kira-kira pukul 7.15 petang Khamis.
Jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd pada Khamis berkata, kejadian berkenaan bagaimanapun tidak melibatkan struktur jambatan yang dalam pembinaan tetapi hanya membabitkan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur di Pakej 3A laluan keluar dari jambatan ke lebuh raya di bahagian pulau.
Jurucakap itu berkata, projek pembinaan itu diurus kontraktor Cergas Murni, yang mempunyai rekod yang baik dalam kerja pembinaan jambatan sebelum kejadian itu.

No comments: