Monday 24 June 2013

GAMBER BOGEL GURU WANITA DISEBARLUASKAN OLEH MURID-MURIDNYA SENDIRI......

Seorang guru wanita yang juga merupakan bekas Ratu Cantik Ireland Utara, pernah menjadi host sebuah rancangan di televisyen dan bintang untuk iklan kereta mewah Peugeot 106, seharusnya menanggung malu yang amat besar apabila gambar-gambar bogelnya tersebar luas di internet gara-gara kenakalan murid-muridnya.



Gambar-gambar Joanne Salley telah diambil oleh jurugambar profesional dan sesama rakan pengajar seni, Fiona Corthine, untuk keperluan peribadi. Bagaimanapun gambar-gambar tersebut telah ditemui oleh beberapa muridnya di tempat penyimpanan gambar di makmal fotografi dan kemudian disebarluaskan.

Akibat daripada itu, Salley, sempat mengutarakan pada sebuah majalah bulan lalu bahawa: "Saya merasa di bawah tekanan untuk membuktikan sekali lagi saya serius untuk mengajar," katanya seperti dipetik dailymail pada 21 Jun 2013.

Sementara itu,  pihak sekolah enggan mengulas mengenai gambar-gambar tersebut, mereka hanya mengatakan: "Hal ini merupakan hal yang tidak elok untuk diperbincangkan." Dan atas komen ini, Salley tidak dapat ditemui untuk diminta pendapatnya.

No comments: