Wednesday 15 May 2013

LAPAN EXCO KEDAH ANGKAT SUMPAH



ALOR SETAR : Seramai lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO), di Istana Anak Bukit, di sini, sebentar tadi. 

Kelapan-lapan ADUN itu mengangkat sumpah di hadapan keempat-empat Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah. 


Kesemua EXCO yang dilantik adalah muka baru di bawah pentadbiran Menteri Besar Kedah ke-11, Datuk Mukhriz Mahahthir. 

Mendahului senarai ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Chempedak, Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ibrahim diikuti oleh Adun Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob, Datuk Tajul Urus Mat Zain (Tanjong Dawai) dan Badrol Hisham Hashim (Kuala Nerang).

Turut mengangkat sumpah ialah Adun Ayer Hangat, Mohd Rawi Abd Hamid, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah (Belantek), Aminuddin Omar (Jitra) dan Norsabrina Mohd Noor (Bandar Baharu).

No comments: