Tuesday 28 May 2013

DI ARAB SAUDI PUN ADA UPACARA PUJA SETAN...!!!

Hiasan

Riyadh : Polis agama Arab Saudi, menahan 30 orang termasuk warga asing dan tempatan selepas mereka ditangkap kerana mengadakan satu majlis bersuka-ria, bercampur lelaki dan perempuan, menghisap dadah, berbogel, minum arak dan mengadakan upacara memuja syaitan lapor sebuah akhbar, semalam. 

Anggota Suruhanjaya Amar Makruf Nahi Mungkar, menyerbu sebuah perkhemahan waktu malam di luar ibu kota ini yang diterangi obor berinspirasikan filem dan menahan 30 orang dari 11 negara dengan sebahagian mereka sedang berbogel. 


Akhbar Sabq yang memetik kenyataan seorang anggota suruhanjaya itu melaporkan tiga lelaki ditangkap sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di dalam sebuah khemah. 

Sementara itu yang lain ditahan sedang mengambil dadah, termasuk seorang daripadanya warga Amerika Syarikat. 

“Mereka menghisap dadah dan minum arak, sebahagian yang lain sedang menari dengan cara aneh ketika diserbu. 

“Kebanyakan mereka menari di sekeliling api sebagai sebahagian upacara syaitan mereka. Malangnya, ada diantara mereka warga warga Arab Saudi sendiri,” katanya. 
Menurut laporan akhbar terbabit, mereka yang ditahan berasal dari Amerika Syarikat, Eropah, Arab Saudi dan negara Arab lain. 

Sementara itu dalam satu kejadian di Kuwait, anggota penguatkuasa menyerbu satu acara bersuka ria di pantai dan menahan 76 orang selepas didapati terbabit dengan ‘kegiatan haram,’ lapor media tempatan tanpa mengulas lanjut. 

Seramai 49 lelaki dan 27 wanita ditahan selepas penghuni pusat peranginan berhampiran mengadu mengenai sekumpulan belia yang mengadakan majlis tarian secara terbuka, meminum arak dan berkelakuan tidak sopan.


 - Agensi

No comments: