Wednesday 29 May 2013

3 GERABAK KERETAPI KARGO TERBABAS DAN MELETUP


Sebuah kereta api kargo dilapor terbabas daripada landasan dan meletup di sempadan 
Baltimore, Amerika Syarikat.
Letupan berkenaan turut menyebabkan bangunan yang terletak kira-kira 500 meter dari
 tempat kejadian terbakar dan musnah.
Insiden letupan itu berjaya dirakam sebuah video amatur dan disiarkan stesen TV The 
Associated Press.
Bagaimanapun, kesahihan visual itu tidak dapat dipastikan.
Menurut laporan, nahas itu berlaku jam 2 petang waktu tempatan di White Marsh kira-kira 
10 kilometer dari Baltimore.
Sekurang-kurangnya tiga gerabak kereta api itu terbabas dari landasan.
Jurucakap Jabatan Bomba, Louise Rogers Feher dalam pada itu mengesahkan asap letupan
 berkenaan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya.
Sehingga kini, angka mangsa yang terbunuh masih belum dipastikan.
LIHAT VIDEO LETUPAN TERSEBUT.... DI SINI

No comments: