Saturday 20 April 2013

TING TAI FOOK TIDAK GENTAR LAWAN SATU SAMA SATU DENGAN NGEH KOO HAM DI DUN SITIAWAN

TING TAI FOOK

Calon Barisan Nasional Dun Sitiawan, Ting Tai Fook, 29, berasa amat bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 pada Mei ini.

“Persediaan telah dibuat sekian lama dan kini, saya bersama-sama calon BN yang lain, berasa amat yakin dalam menghadapi PRU-13 kali ini.

“Kami telah bersedia dalam segala aspek termasuk dalam memikul tanggungjawab jika diberi mandat oleh pengundi untuk memimpin mereka.

“Saya ingin pengundi tahu saya ikhlas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab saya selama ini dan akan sentiasa mendengar masalah yang mereka hadapi,” katanya.
Apabila ditanya mengenai pendekatan yang beliau gunakan dalam menghadapi pengundi di DUN N50, Ting menjawab beliau akan cuba membuat para pengundi merasa senang dengan kehadiran beliau.

“Saya mahu mereka senang dengan kehadiran saya dengan menemui mereka sekerap yang mungkin. Mereka juga sentiasa boleh bertemu dengan saya untuk meluahkan masalah yang mereka hadapi. Saya akan bantu mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang mereka hadapi,” katanya.

Tambahnya lagi, rakyat tentunya dapat menilai sendiri segala usaha dan kemajuan yang kerajaan BN telah lakukan selama ini. Apa yang dijanjikan oleh Kerajaan BN telah ditunaikan dan mandat daripada rakyat diperlukan untuk membolehkan BN meneruskan usaha tersebut demi kemajuan bersama.

Apabila ditanya mengenai lawan beliau, Datuk Ngeh Kho Ham yang merupakan Pengerusi DAP Perak, Ting menyatakan keyakinan bahawaa  rakyat tentunya mampu membuat perbandingan  dan membuat pilihan yang bijak antara yang hanya mampu menabur janji-janji kosong dengan yang menunaikan apa yang dijanjikan.

Beliau ditemui selepas penamaan calon di Dewan Merdeka, Manjung pagi ini.
Beliau juga turut menyeru kepada rakyat agar sama-sama menghalusi Dasar Negara demi masa hadapan bersama.

Apabila ditanyakan kepada beliau mengenai harapan serta janji beliau jika beliau menang pada PRU 13 akan datang beliau menegaskan bahawa beliau akan cuba berkhidmat kepada para penduduk khususnya warga emas, orang kurang upaya dan anak-anak kecil di dalam kawasan beliau.

“Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di sekitar Sitiawan merupakan fokus janji utama saya kepada pengundi di sini,” katanya mengakhiri temubual. peraknews

No comments: