Saturday 27 April 2013

SURAT YUSUF AL-QARADAWI ADALAH RISALAH PALSU UNTUK MENGHALALKAN ANWAR IBRAHIM MENJADI PERDANA MENTERI....!!!


LEMBAH PANTAI : Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat petang tadi melancarkan surat terbuka Sheikh Dr Yusuf Al Qaradawi, tokoh Islam terkemuka yang kini Ketua Ijtihad Ulama Dunia.

Peluncuran warkah amanat itu disempurnakan pada majlis yang diadakan di Surau Apartment Pantai Permai, Pantai Dalam, 3 petang tadi.

Program itu dianjurkan calon PKR Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir sama.

Di dalam surat tersebut, Yusuf Al Qaradawi menegaskan bahawa Anwar Ibrahim paling layak menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia. - Haprak Daily

Pergunakan ulama terkemuka dunia Islam semata-mata untuk tujuan politik....untuk 'MENGHALALKAN' Anwar Ibrahim sebagai 'Perdana Menteri'....

Namun, persoalannya, adakah tindakan mereka ini 'Sangat Beretika'? Setakat ada gambar Si Ketua Penipu tu jumpa Yusof Al-Qaradawi, habis semuanya dipergunakan.

Yang paling menyedihkan, orang tua macam Si Nik Aziz tu pun boleh kena tipu jugak? Nampak sangat la Si Nik Aziz tu pu buta dari melihat ketamakan Si Ketua Penipu tu.

Setakat jaja surat apa guna beb? Semua orang pun boleh buat surat tu. Suruh budak pandai menaip pun diorang boleh buat. Dipenghujung surat, suruh je dia taip nama "Qaradawi".

Ulamak ini juga pernah  menulis surat penghargaan beliau kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai respons dan pengiktirafan di atas keberanian PM melawat Semenanjung Gaza, Palestin sesungguhnya mengejutkan ramai pihak.


BACA BUTIRAN SELANJUTNYA..... DI SINI

Kemudian kita lihat pula pengakuan berikut :

“Maksudnya beginilah”…kata YB Datuk Zulkifli Noordin yang nampak sangat ikhlas dan berterus terang … “kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik”, katanya ketika diwawancara AIDC, di Bangunan Parlimen, 14 Jun 2011.
“Saya antara orang yang terlibat. Bila kita tengok balik, banyak dosa kita buat dalam benda macam ini. Sampai ulama macam itu pun, kita boleh perdayakan supaya percaya isu Anwar ini isu fitnah, isu Qazaf”, kata bekas salah seorang peguam bela Anwar untuk kes liwat I (1998) yang telah menyesali segala perbuatannya melakukan kesilapan semata-mata untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim.

IKUTI WAWANCARA SELANJUTNYA.... DI SINI 

Kesimpulannya.... tidak mustahil surat yang ditunjukkan oleh Nik Aziz itu adalah palsu...!!!

4 comments:

Anonymous said...

SAHABAT2..MARI TGK VIDEO DI YOUTUBE..... 'NEW ORDER - TANGAN ASING HANCURKAN MALAYSIA'

Anonymous said...

Dr Yusuf Al-Qaradawi ni kenal dgn TG Nik Aziz & DSAI. Kalau dia org tipu, Dr Yusuf punya aide mesti dah announce kat Malaysia awal2.

Dr Yusuf bgtau kat hang ke surat tu palsu ?

Camni la, why not hang jumpa sendiri Dr Yusuf Al-Qaradawi, bagitau dia dalam bahasa Arab, surat tu palsu ? Itu pun kalau Dr Yusuf tu kenal hang lah. hahaha.

Anonymous said...

Ape ke sibuknya YQ nak masuk campur dlm politik Malaysia. Timur tengah sana lagi kuat bergolak. Seorang Ulamak.besar tidak akan sesenang mengeluarkan pendapat yg dia sendiri tak pasti kebenarannya. Koman sangat ke Anwar sampaikan macam mau minta kerja perlu surat rekomen.

Anonymous said...

Tak cukup ke dosa diri sendiri yu nak libatkan pula dengan ulamak tersohor dunia. Inilah akibatnya jika agama diperalatkan untuk kepentingan pilitik. Gentalment la sikit. Tak usahlah libatkan dengan orang luar, ini adalah negara kita, biar kita sahaja yang uruskan. Nampak sangat kebodohan mereka-mereka ini.