Monday 15 April 2013

PRU13 : NAJIB KETENGAHKAN TEAM BN PALING KUAT


Najib berkata, imbangan muka baru dan pengalaman penting sebagai parti dengan mandat baru akan datang kita memerlukan mereka yang boleh mentadbir negara.

Senarai calon bukan sahaja untuk menang pilihan raya tetapi untuk masa hadapan bagi memastikan aku janji manifesto dapat dilaksanakan.

Bagi mereka tidak dicalon bukan mereka gagal tetapi mereka perlu beri laluan kepada pembaharuan yang dimahukan rakyat.

Latar belakang muka baru di peringkat Parlimen yang berkelayakan diploma dan keatas ialah 90 peratus dan 31 peratus merupakan profesional seperti doktor dan profesor.

Ada juga calon kalangan ulama dan mereka yang popular di kawasan mereka.

Najib berkata, ini adalah senarai akhir dan harap tidak perlu diubah walaupun ia masih boleh diubah.

Najib yakin pasukan BN terkuat yang dapat diketengahkan.

Najib berkata, tidak realistik jika kata semua kerusi boleh menang.

Cuba ketengahkan calon wanita tetapi tidak mudah.

Perubahan besar di negeri yang BN kalah.

sumber : UTUSAN MALAYSIA

No comments: