Monday 15 April 2013

APA TAWARAN PAS UNTUK MAT TAIB...???


NAMA bekas Menteri Besar Selangor dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tan Sri Muhamad Mohamad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib ini kembali menjadi sebutan apabila beliau disebut-sebut akan menyertai PAS dalam jangka masa terdekat.

Sejak kalah dalam persaingan Timbalan Presiden UMNO pada 2008, nama Mat Taib tenggelam dalam arena politik negara.
Agak menghairankan juga kerana kemasukan Mat Taib ke dalam PAS, diumumkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din, tanpa pengetahuan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Othman yang kelihatan terkejut dengan berita tersebut.
Rani yang dihubungi media mengakui belum lagi menerima borang menyertai PAS dari Mat Taib dan seolah-olah tidak maklum dengan perkara tersebut.
Apa sekalipun, penyertaan Mat Taib ke dalam PAS adalah hak peribadinya sendiri, sesuai dengan amalan demokrasi yang diamalkan dalam negara ini.
Dia pun ditolak dari UMNO dan sebarang cubaan untuk dia menyerlah kembali dalam politik UMNO seakan tidak mendapat sambutan dari ahli UMNO dan rakyat Selangor sendiri. Maka itu tidak salah untuk dia mencuba nasib dalam PAS juga, kot-kotlah boleh menyerlah balik.
Tapi tidak benarlah kalau nak mengatakan penyertaan Mat Taib ke dalam PAS ini nanti adalah satu ‘tamparan hebat’ kepada UMNO dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri.
Mat Taib sememangnya tidak ada signifikasi dalam UMNO lagi dah sejak dia mengambil keputusan untuk bersara dari politik sebaik kalah dalam pemilihan 2008.
PAS nak kutip Mat Taib, itu PAS punya pasal, apa kaitan dengan UMNO dan Najib?
Memang kita pun tahu PAS kurang pemimpin sehingga perlu membawa masuk bekas pemimpin UMNO ke dalam parti tersebut walaupun pada satu ketika, itulah juga pemimpin yang hebat diserang kiri dan kanan oleh PAS.
Terutama apabila Mat Taib ditangkap di Brisbane, Australia kerana cuba membawa masuk wang berjumlah berjuta ringgit dalam pelbagai matawang asing pada 1997.
Lebih teruk dari itu, tindakan kelompok ulama diketuai Haron Din membawa Mat Taib masuk ke dalam PAS jelas kurang disenangi oleh pemimpin PAS dari kelompok Anwarinas dan Nik Aziz.
Dr. Rani adalah salah seorang pemimpin dalam kelompok Anwarinas yang jelas tidak senang dengan kehadiran Mat Taib kerana boleh menggugat kedudukannya sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri.
PAS juga termasuk meneguk semula bergelen-gelen ludah yang mereka hamburkan kepada Mat Taib semasa berada dalam UMNO dulu, tapi ini bukan masalah kerana meludah dan menelannya kembali memang sudah jadi amalan PAS terutama sejak Anwar Ibrahim disingkirkan pada 1998.
Apapun, good luck PAS, good luck Mat Taib.

No comments: